Ahli politik sekarang terutama dalam MCA jika diberi bercakap akan bercakap
merapu terutama dalam isu mengenai Islam.
Sebelum ini bintang popular MCA iaitu presidennya Dr Chua Soi Lek tidak
henti-henti bercakap pasal hudud jika dilaksanakan akan menyebabkan rakyat
Malaysia berjumlah 1.2 juta kehilangan pekerjaan. Dalam isu ini Datuk Seri Najib ketika diminta
mengulas kenyataan Soi Lek mengelak untuk membuat sebarang komen. Faham, orang faham
mengapa tidak mahu komen, ini kerana lebai Soi Lek lebih ditakuti oleh pemimpin Umno.
Kini
bersuara pula Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie. Berdasarkan kepada satu video klip mengenai
ucapan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz semasa Kempen Menutup Aurat dua tahun dahulu. Heng menyatakan Nik Aziz secara terbuka
meminta orang Islam merogol perempuan bukan Islam.
Kenyataan Heng dibuat di hadapan 1032 perwakilan dalam Persidangan Agung
Wanita MCA di Kuala Lumpur (klik).
Sila
ikuti video ucapan Nik Aziz (klik) atau klik pada video. Diperturunkan ucapan
Nik Aziz tersebut secara verbatim untuk dibuat penilaian.
Sibuk surat khabar, radio sibuk,TV
sibuk, surat khabar sibuk.
Sibuk buat apa?
Kamu sendiri yang memberi peluang
pada rakyat, buka aurat
Nak sibuk buat apa?
Dah dia buka aurat. Dirogol
Padanlah muka dirogol
Dijual murah-murah
Dia dah jual mura-murah
Betis dia, muka dia, peha dia.
Rogollah
Jual murah-murah. Rogollah.
Peduli apa?
Kita terjun dalam sungai,
tiba-tiba basah kain,
Naik sibuk, hai kain basah, kain
basah, pasal apa kamu terjun
Terjun basahlah
Jadi menteri sangat tak pandai.
Kempen tutup aurat, ertinya kita
turut agama.
Hak kamu tak mau agama tu, mu
punya pasallah.
Tapi aku tak akan biarkan rakyat
Malaysia ni turut yang salah.
Yang Kedua, bila kita tutup aurat
Allah sangkutkan mata dengan
anggota kemaluan.
Anggota mata disangkutkan dengan
anggota kemaluan,
Surah An-Nur [24 ]: ayat 30)
Jaga mata dan kemaluan. Ertinya bila si perempuan terbuka aurat, maka anggota kemaluan mulai aktif,
Senyap saja dia dalam seluar dia,
Boleh aktif baik lelaki, baik perempuan.
Ini Allah sebagai engineer buat manusia, Dia
reti,
Mata ada hubung kait dengan kemaluan
Anggota kemaluan ada hubung kait dengan mata
Dengan sebab itu, bila kita kempen tutup
aurat,
Ertinya kita kempen untuk mengurangkan zina,
mengurangkan rogol,
Megurangkan AIDS, mengurangkan HIV
Secara automatik bila orang tutup aurat,
maka automatik akan boleh kurangkan berzina,
kurangkan rogol, kurangkan HIV
Kurangkan AIDS, kurangnya masalah –masalah pecah
rumah tangga dan sebagainya.
Dari kata-kata Nik Aziz tersebut adakah terjumpa beliau dan PAS menbenarkan merogol
wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam?
Heng berkata lagi "Daripada ucapan Nik Aziz, kami
simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan
Islam, adakah saya benar?"
Maka pihak PAS jangan berdiam diri, sila buat sesuatu iaitu
membuat laporan polis dan seterusnya menyaman Heng Seai Kie kerana ianya satu
pengucapan fitnah dan juga satu hasutan. Mereka
ini harus diberi pengajaran jika tidak mereka tidak serik-serik untuk bercakap apa
saja menghina agama Islam demi survival politik mereka.
No comments:
Post a Comment