IKLAN

Monday, 29 October 2012

Tindakan Terhadap Ahli Yang Sabotaj Calon Umno BN Pilihan Raya Ke-13

Ping Blog
Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee (klik) melalui blognya meminta jawatankuasa khas Umno bertindak tegas termasuk menyingkir segera ahli yang khianat (sabotaj) terhadap parti. Beliau berharap suatu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Syed Ali menyatakan bahawa yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi. 

Bijak betul Syed Ali, beliau  memahami hati budi pemimpin-pemimpin Umno dan ahli akar umbinya. Kita tunggu dan lihat, sekarang ramai pemimpin-pemimpin Umno yang tiga selinder sedang melobi untuk meminta dipilih semula menjadi calon. Calon-calon ini telah beberapa kali memegang jawatan penting kerajaan. Ada juga yang terus terang macam cuba mengugut supaya dipilih, hanya mereka saja yang penting.  Ada juga yang tidak mahu langsung berganjak untuk memberi laluan kepada muka-muka lain untuk dicalonkan.

Kita tunggu nanti, saat yang paling memeningkan dan  merbahaya bagi presiden Umno dan BN. Apabila calon-calon boleh menang atau winnable candidate diumumkan kelak, akan terdengar letupan-letupan suara yang tidak puas hati dan mempertikaikan calon-calon yang dinamakan tersebut. Maka disaat inilah bermula kerja tradisi yang diamalkan sejak bergenarasi iaitu khianat atau sabotaj.  Kerja inilah yang berlaku dalam pilihan raya ke-12 (2008) yang telah dihadapi oleh Umno. Sebagai bukti lihat saja kepada keputusan-keputusan yang majoritinya tipis dimenangi oleh pakatan rakyat.

Pada pilihan raya ke-13 keadaanya adalah berbeza.  Jika tiada khianat atau sabotaj, sambutan dan sokongan terhadap pakatan rakyat akan meningkat.  Kalau ada sabotaj ahli Umno terhadap calonnya sendiri lagi memudahkan pakatan rakyat memenanginya. Ini bukan khayalan, ini betul-betul, ini bukan cobaan. Lihat sahaja sambutan kepada Jelajah Merdeka Rakyat yang sentiasa mendapat sambutan di mana sahaja diadakan, walaupun diganggu oleh mamat-mamat upahan.

Telah banyak kali Syed Ali menunjukkan kerisauannya terhadap perbuatan khianat dan sabotaj yang beliau jangka akan berlaku lagi dalam pilihan raya ke-13 ini. Nampaknya pemimpin Umno lain relak saja.  Biarlah Syed Ali terjun dengan labu-labunya. BIARKAN. BIARKAN.

 

No comments:

Post a Comment