Malaysia Selamat
Ketua
Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri
Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk (klik) dalam satu
kejadian jam 10 pagi Ahad (7/10/12). Dalam kejadian tersebut satu set televisyen
dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak
kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu. Polis belum menahan mana-mana suspek.
Itulah
kejadian yang menimpa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan. Pencuri melakukan kerja mencuri tidak memilih
bulu. Apa yang penting bagi mereka
adalah kesempatan. Adalah tidak lojik
untuk mengatakan pencuri tersebut tidak mengetahui bahawa rumah yang mereka
masuki tersebut rumah menteri besar, Negeri Sembilan.
Apa
yang menjadi tandatanya, rumah menteri besar tidak dibekalkan pengawal
keselamatan ke? Tidak adakah anggota polis bertugas?. Kalau
ada, maka kita sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat. Rumah yang ada pengawal keselamatan dapat
dibolosi inikan tiada?.
"KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati - telah menjadi darah daging Ali Rustam. Dia tidak melakukannya hanya kerana politik” Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari.
Oleh
itu sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Ada hikmah daripada apa yang berlaku. Sabau ler.
Ali Rustam Diselamatkan
Ramai
yang bersimpati dengan Ketua Menteri Melaka yang menghadapi kontrovesi yang
membabitkan majlis perkhawinan anak lelaki beliau di Melaka. Hishamuddin Tun Hussien muncul untuk
menasihatkan Ali, Ketua Umno Bahagian
Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshi juga menyalahkan pembangkang membesarkan isu
ini, sementara itu Ahli Parlimen Tangga
Batu Datuk Idris Haron (klik) tampil membela Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali
Rustam.
Idris
mengatakan Ali dikenali rakyat sebagai
pemimpin yang akan memenuhi setiap jemputan rakyat baik majlis kahwin atau
kematian. Maka penganjuran majlis kahwin
anak lelaki Ali dengan kehadiran ramai rakyat adalah sebahagian daripada amalan
ketua menteri itu yang akrab dengan rakyat.
"KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati - telah menjadi darah daging Ali Rustam. Dia tidak melakukannya hanya kerana politik” Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari.
Tentang
ini penulis ‘tabik spring’ diberikan kepada Ali Rustam, yang baik katakan baik. Penulis tidak menafikannya. Ini disahkan sejak tahun 80 an lagi sebelum Ali
menjadi ADUN lagi beliau telah mengamalkan KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati (meminjam kata-kata Idris). Orang Melaka terutama, di kawasan Sungai
Uadang (Melaka Tengah) amat memahami Ali Rustam. Kalau datang sampai ke penanggah beliau jengah. Perkara ini bukan di ada-adakan. Mungkin perkara ini
tidak diamalkan oleh pemimpin Umno yang lain jika mahu dibandingkan dengan Ali.
Ali
harus ingat, jawatan Ketua Menteri ramai yang telah menjelingnya. Ramai juga yang berpotensi untuk dibariskan untuk
memegang jawatan tersebut. Ramai juga calon
boleh menang atau winnable candidate di Melaka untuk jawatan itu antaranya
termasuklah Datuk Idris Haron. Ini bukan gurauan.
No comments:
Post a Comment