Akhirnya pada petang
24 Oktober di hadapan pejabat MCA, Jalan Ampang penyokong pakatan rakyat dapat
menyampaikan memorandum (klik) menuntut supaya presiden
parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa
menghina Islam. Sekiranya Chua tidak meminta maaf dalam tempoh seminggu pakatan
akan mengadakan demontrasi lebih besar menghantar memeorandum kepada Yang
di-Pertuan Agong.
Perhimpunan
tersebut dipimpin oleh Ahli jawatankuasa
pusat Pas Ideris Ahmad, ketua penerangan
Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md
Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13. Memorandum telah diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon
Huat di perkarangan bangunan MCA tersebut.
Kita tunggu dan lihat apakah tindakan yang akan dibuat oleh Lebai Soi Lek
samada membuat permohonan maaf atau membiarkan saja penyokong pakatan rakyat
menyalak bukit. Tunggu.
No comments:
Post a Comment