Syabas
kepada Kumpulan Pendesak Melayu PERKASA yang membuat kenyatan bahawa haram (klik) bagi
umat Islam untuk mengundi parti MCA dalam pilihan raya yang akan datang ekoran kenyataan terbaru
parti tersebut berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. PERKASA tiada kompromi dalam soal Islam. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam.
Setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. PERKASA tiada kompromi dalam soal Islam. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam.
Ini
barulah boleh dikatakan ada telor. Jangan
ikut orang-orang yang tiada telor dalam Umno. Kenyataan Lebai Soi Lek mendakwa
seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya Pas
laksanakan hudud Malaysia sangat-sangat tidak bertanggungjawab. Jangan tanya
Soi Lek apa tujuan beliau membangkitkan persoalan dan menyentuh isu sensitif
seperti itu. Sudah tentu untuk
menakut-nakutkan kaum Cina supaya tidak mengundi pakatan rakyat. Soi Lek tahu nasibnya sekarang dihujung
tanduk, MCA akan ditinggalkan oleh orang Cina sebagaimana orang Melayu
berduyun-duyun meninggalkan Umno.
Tidak cukup dengan kenyataan tersebut, Presiden MCA, Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek (klik) berkata dalam perhimpunan agung MCA ke-59 bahawa, lapan
daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara
paling korup, tidak stabil dan tidak selamat, tetapi tidak pula beliau menyebutkan negara mana?. Inilah lebai Soi Lek setiap hari akan mengeluarkan fatwa menghina hukum Islam. Soi Lek akan dianggap hero oleh MCA dan berani melakunya lagi, ini kerana Najib sendiri tidak menegur dan tidak berani menegur tindakan lebai Soi Lek.
Nampaknya MCA telah melancarkan satu perang saikologi terhadap hudud yang diperjuangkan oleh Pas. Mereka menakut-nakutkan rakyat Malaysia terutama bangsa Cina supaya tidak menyokong Pas dan pakatan rakyat dalam pilihan raya akan datang. Kini perang MCA bermula dengan kenyataan yang merbahaya menyentuh agama Islam dengan mengerluarkan kemeja T berwarna biru (klik) antara yang dicatatkan di belakang baju tersebut "Katakan
tidak pada hudud PAS" (lihat gambar).
Chua Soi Lek kena ingat orang Melayu boleh berpisah kerana perbezaan fahaman politik dan perkara-perkara lain tetapi dari segi agama Islam mereka akan bertaut dan bersatu kembali sekiranya agama Islam dan Rasullulah di hina. Jika diikuti kenyataan Syed Hassan Syed Ali tersebut ia bagaikan bersyarat, tidak nampak ketegasannya, ini kerana menurut Syed ‘tidak bermakna ketetepan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. Dengan kata-kata lain akan undi MCA juga. Tak gitu?. Mereka memberi tempoh pula kepada lebai Soi Lek menarik balik kenyataannya. Tidak perkasa langsung. Tak gitu.
Disebalik protes Perkasa tersebut, lain pula yang dibuat oleh oleh Ibrahim Ali. Dalam kenyatannya Ibrahim berkata "Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat
akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," selepas perasmian persidangan khas tahunan
Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Noh Omar.
Nampak sangat kebingungan Perkasa. Orang bawahannya ada otak yang atasnya iaitu Ibrahim Ali adalah pejuang perut. Kita faham. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. BIARKAN, BIARKAN. Mana pula Hassan Jati?.
Nampak sangat kebingungan Perkasa. Orang bawahannya ada otak yang atasnya iaitu Ibrahim Ali adalah pejuang perut. Kita faham. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. BIARKAN, BIARKAN. Mana pula Hassan Jati?.
No comments:
Post a Comment