IKLAN

Tuesday, 30 October 2012

Pakatan Rakyat Bakal Menang Pilihan Raya Ke-13 Ramalan Datuk Yahya Lampong

BlogPingTool.com
Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong (kilik) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kecundang dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang dengan hanya memenangi sebanyak 104 kerusi manakala pakatan rakyat memenangi sebanyak 118 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. 

Yahaya yang telah pun menyertai parti PKR meramalkan formula 82+20+16 = 118, iaitu angka 82 jumlah kerusi pakatan yang akan kekal semasa dimenangi pada 2008, 20 kerusi dimenangi oleh BN majoritinya Cina dan India beralih kepada pakatan dan 16 kerusi dari Sabah.


Tanjaktinggi bersetuju dengan Datuk Yahaya berhubung dengan kemenangan 82 kerusi dulu kekal kepada pakatan rakyat. Ramalan tanjaktinggi pula kerusi pakatan rakyat bertambah lagi 53 kerusi iaitu 16 dari Sabah, 10 dari Sarawak dan baki 27 kerusi adalah dari negeri-negeri di semenanjung. Ini menjadikan pakatan rakyat memenangi 135 kerusi manakala BN memenangi 87 kerusi. Keseluruhan kerusi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh pakatan rakyat termasuklah kerusi Wilayah Persekutuan Putrajaya. 


Pecahan 27 kerusi semananjung tersebut akan dikeluarkan kelak. Jangan percaya kepada apa yang diramalkan tersebut. Ini bukan telik-menelik,  ini adalah gabungan daripada gerak hati daripada orang-orang yang benar-benar menyerahkan diri pada Allah agar kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.


Apa yang penting ialah kemenangan. Dari kemenangan diperolehi kuasa. Dari kuasa inilah akan dapat dilakukan satu reformasi total terhadap agama dan bangsa negara Malaysia, negara bebas dari rasuah,  salahguna kuasa, adil, harmoni tanpa perkauman. Sekiranya pakatan rakyat tidak mendapat kemenangan pada pilihan raya ke-13 ini, maka amat sukar untuk bangkit semula.  Serupa juga kepada Barisan Nasional, sekiranya kecundang dalam pilihan raya ini maka Umno BN tidak akan bangkit-bangkit lagi.  Inilah yang amat dirisaukan oleh perdana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib termasuklah Tun Mahathir.

No comments:

Post a Comment