“Undi
kepada pembangkang sama juga undi kepada usaha jutawan George Soros untuk
menjajah Malaysia”. Itulah kata-kata Tun
Mahathir dalam tulisannya di akhbar New Sunday Times. Itu biasalah pada Mahathir, ini
bukan soal Soros, jika kerana Soros beliau tidak akan menyebut nama Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Ini adalah dendam yang
tidak berkesudahan ditambah dengan ketakutan beliau sudah ditahap empat.
Sebagaimana
penulis sebutkan sebelum ini, Mahathir atau syaitan yang dikenali ini tidak
senang duduk sejak kebangkitan pakatan rakyat. Beliau akan bercakap dan
memburuk-burukan parti-parti gabungan pakatan rakyat dan pemimpinnya untuk
‘survival’ beliau. Mahathir mengaitkan
pula Malaysiakini dan Suaram sebagai NGO yang dikatakan mendapat bantuan soros untuk
menjalankan perintah ‘jahat’ bagi meletakkan ‘orang-orangnya’ di tampuk kuasa.
Inilah
dia syaitan yang dikenali, bila terdengar azan lintang pukang melarikan
diri. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah
tidak memperdulikan beliau. Cakap beliau
umpama anjing menyalak bukit, tidak tergerak langsung dihati orang ramai
menerima apa yang diperkatakannya. Ada
juga bagusnya, bila sesekali menyalak sekurang-kurangnya dapat menarik
orang-orang yang dulunya taksub meninggalkan Umno BN.
Banyak
sungguh kata-kata Mahathir tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin Umno sendiri.
Melebelkan Umno BN sebagai 'syaitan yang dikenali’ sesungguhnya merosakkan Umno sendiri. Ini
kerana orang kenal Umno kerana pelbagai kemungkaran yang dilakukan tetapi
Mahathir telah memberi tokok-tambah dengan perkataan yang tepat iaitu ‘syaitan yang dikenali’ untuk
dilebelkan kepada Umno.
Mahathir sengaja mewujudkan hantu bernama Soros untuk menakut-nakutkan rakyat. Pihak pembangkang telah menyatakan bahawa mereka tidak kenal dengan manusia bernama Soros, jadi mana mungkin pembangkang akan menjalankan perintah 'jahat' Soros. Orang yang benar-benar mengenali Soros ialah Mahathir sendiri. Lihat saja gambar, berapa intimnya syaitan yang dikenali bersama Soros iaitu hantu buatan Mahathir.

Maka
jenama Soros, Anwar Ibrahim, pengaruh asing, masyarakat sivil, menjatuhkan
kerajaan, ingin jadi PM, NGO-NGO diperalat adalah modal harian Mahathir selagi
beliau bernyawa.
No comments:
Post a Comment