IKLAN

Friday, 26 October 2012

Dunia Bergelap Tiga Hari Berturut-turut 23 - 25 Disember 2012 Ramalan NASA

Ping Blog
NASA meramalkan pada 23 hingga 25 Disember 2012 akan berlaku kegelapan dunia selama tiga hari berturut-turut   (sila klik).  Apa yang diramalkan NASA, kejadian ini adalah disebabkan “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4. seluruh alam akan mengalami dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Ini hanya jangkaan manusia. Kalau ia berlaku apa yang perlu dilakukan ialahmengambil langkah bertenang, berdoa dan terus berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Hanya Allah sahaja mengetahui disebalik kejadian ini,  jika perkara ini benar berlaku. Allah SWT mahu menunjukkan kekuasaanya. 

Mungkin juga ini petanda sebuah kerajaan di dunia ini akan jatuh setelah begitu lama berkuasa. Sebuah kerajaan yang bongkak yang tidak jejak di bumi nyata dengan mengatakan tiada kerajaan lain boleh memerintah seperti mereka, sehingga lupa bahawa tiada kuasa sehebat Allah SWT yang berkuasa memerintah di atas kerajaannya. 

Walau bagaimanapun sama-samalah kita tunggu ramalan manusia ini  samada apa yang diramalkan tersebut berlaku. Adakah kita dapat melihat dunia baru yang bergelap selama tiga hari berturut-turut.  Ya Allah jauhkan segala bencana.  Amin.




1 comment: