Semasa perhimpunan Wanita UMNO
2011, isu NFC yang melibatkan keluarga Datuk Shahrizat cukup hangat
diperkatakan oleh masyarakat Malaysia dan ahli-ahli UMNO. Semasa perhimpunan tersebut riuh-rendah dewan apabila Shahrizat menyinsing lengan
khusus ditujukan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita
PKR.
Di luar perhimpunan UMNO, banyak suara meminta Shahrizat meletakkan
jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh
Shahrizat. Antaranya YB Bong Mokhtar,
Kerana desakan maka Shahrizat
telah mengumumkan melalui satu sidang akhbar bahawa beliau meletak jawatan menteri
berkuatkuasa pada 8 April 2012 iaitu tamat tempoh perkhidmatan senator beliau. Pengumuman Shahrizat tersebut
meletak jawatan menteri ada yang menganggapnya bukanlah satu peletakkan jawatan
sebenar. Ini kerana senatorshipnya tamat
pada April 2012. Bermakna apabila senatorship tidak disambung secara otomatik
jawatan menteri yang dipegang turut lupus.
Rafidah juga yang merupakan bekas
Ketua Wanita UMNO mempertikai tindakan
Shahrizat dan meminta Shahrizat melepaskan jawatan dalam parti.
Permintaan
supaya Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO timbul lagi berikutan
kenyataan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk
Kamalia Ibrahim yang jelas tidak tertahan lagi menanggung malu apabila Ahli Wanita UMNO yang turun keakar umbi
digelar sebagai ‘Lembu’. Oleh itu menurut
Kamalia beliau telah mendesak agar Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan. Perletakan jawatan menteri oleh Shahrizat setelah tempoh senatornya
tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga bersekali dengan
kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan
raya umum akan datang.
Dalam banyak suara yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan Ketua
Wanita UMNO, simpati dan sokongan terhadap Shahrizat turut mengambil tempat. Ketua
Wanita Umno Pulau Pinang,
Zabariah Wahab berkata, semua pemimpin Wanita Umno perlu terus memberi sokongan
padu kepada Shahrizat walaupun digelar wanita lembu. Ketua Wanita Umno
Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah tetap menyokong Shahrizat sebagai Ketua
Wanita UMNO. Ropiah juga menyatakan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib juga meminta wanita UMNO menyokong Shahrizat dalam satu perjumpaan Wanita
Selangor dengan Najib di Putrajaya. Tengku Adnan, Setiausha Agung UMNO telah
menempelak Kamalia yang mendesak Shahrizat meletak jawatan.
Inilah dia parti UMNO yang akan membela habis-habisan terhadap ahli
partinya yang terkait dengan sesuatu isu besar yang boleh menjatuhkan imej
parti. Memang benar kata-kata Kamalia tak
cukup dengan hanya meletak jawatan menteri dan sepatutnya bersekali dengan
perletakkan jawatan parti. Sebagai Ketua
Wanita UMNO, Shahrizat juga adalah sebagai Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Tak secara langsung parti-parti komponen
BN juga terpalit sama dalam isu NFC. Pernah penulis
berbual dengan seorang Setiausaha Bahagian Parti Gerakan di salah satu Bahagian
di Kuala Lumpur yang menyatakan dukacitanya untuk turun padang berjumpa
ahli-ahli parti kerana akan ditanya kedudukan lembu NFC. Itu
wang berniaga lembu punya, beli banyak kondo boleh kah?. Apa mau cakap?
Shahrizat hanyalah wakil rakyat yang kalah di Lembah Pantai bertanding dengan
Nurul Izza (PKR) telah diberi talian hayat dilantik sebagai senator bagi
membolehkan beliau memagang jawatan menteri.
Pada masa itu Shahrizat mungkin dilihat sebagai winnable candidate BN di
Lembah Pantai. Tetapi tidak juga menang. Kalau duduk dalam UMNO kalah dan tak terpilih tetap akan dilantik menjadi menteri. Ikan sudah busuk di kepala. Ambillah satu tindakan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment