Nampaknya Tun Daim telah menyuarakan apa yang ada
difikirannya. Melalui satu temubual dengan
akhbar Sin Chew Daily beliau menyatakan
bahawa Umno akan menolak Perdana
Menteri, Najib Abdul Razak sekiranya gagal memulihkan keputusan pilihan raya bagi
BN dalam pilihan raya akan datang.
Beliau juga menyebut visi Najib untuk mendapat majoriti dua pertiga
adalah bagus tetapi biarlah berasas. Sekiranya keputusan tersebut tidak berlaku
dan BN kehilangan banyak kerusi maka Umno akan menolak beliau.
Sebagai ahli politik
veteran Daim dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Najib dan
kesan perlaksanaan beberapa plan transformasi yang dibuat oleh Najib. Ada orang beranggapan apa yang disuarakan
oleh Tun Daim tersebut satu pendapat peribadi beliau, tetapi rata-rata dipersetujui
banyak orang pendapat tersebut.
Banyak perkara yang dilakukan oleh pentadbiran Najib
dilihat seperti sorong tarik (flip flop), ini belum diambil kira berhubung
dengan isu peribadi dan keluarga serta isu-isu lebih besar yang menjadi topik perbualan
harian masyarakat Malaysia.
Tun Daim dapat melihat bahawa kedudukan Umno sungguh
goyah. Mengambilkira senario semasa, apabila Umno lemah ia akan menarik sama
parti-parti komponen dalam Barisan Nasional ke lembah yang sukar untuk didaki semula. Selain Tun Daim, kebimbangan ini juga dilihat
terdapat kepada Tun Mahathir yang menyuarakan supaya pilihan raya tidak
diadakan dalam masa terdekat.
Inilah suara-suara yang membuatkan Najib bertambah
bimbang lagi. Beliau sendiri sukar untuk
membuat keputusan bila sebenarnya pilihan raya perlu diadakan. Jika keputusan pilihan raya tidak memihak
kepada BN sudah ada yang menyuarakan untuk menendang beliau keluar dari Umno. Oleh itu Tunggu!.
No comments:
Post a Comment