IKLAN

Thursday, 8 March 2012

Najib Batal SBPA Dan Kekalkan SSM



Putrajaya 8 Mac 2012.   Hari ini sebagaimana dijanjikan, satu perjumpaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penjawat awam diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa  (PICC), Putrajaya.

Dalam perjumpaan tersebut Najib  telah mengumumkan perlaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan beberapa penambahbaikan.

Antara disebutkan ialah dalam SSM tersebut diperkenalkan Jadual Gaji Minimum - Maksimum menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Jadual gaji yang diubah suai akan memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.  Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan (sekarang COLA dibayar  untuk B dan C masing-masing RM200 dan RM100).

Bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga 54 pelarasan gaji 13 peratus diberikan.  Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus.  Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus.

Pengumuman yang dibuat oleh Najib adalah satu kejutan yang tidak disangka-sangka oleh  penjawat awam yang berada di PICC.  Sejak menerima berita bahawa perjumpaan sebenarnya pada 12 Mac dipercepatkan kepada 8 Mac, mereka amat menantikan satu khabar gembira yang bakal diumumkan Najib.

Pengumuman pembatalan SPBA dan mengekalkan SSM dengan penambahbaikan tersebut mendukacitakan mereka.  Pelarasan 13 peratus sebulan  kepada Gred 1 hingga 54 tidak langsung memberi kelegaan. Untuk membayar TOL pun tak cukup. Apalagi dengan penambahan RM50 bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Siapa pun tidak menyangka tindakan sebegini diambil oleh Najib.  Permulaan mukadimah berhubung dengan tindakan memperkenalkan SBPA hinggalah menyentuh isu berhubung dengan negara Greece yang muflis lebih menggambarkan bahawa SBPA tidak akan menjadi kenyataan. Rupa-rupanya benar.  Kemungkinan Najib  khuatir tempias muflis dialami negara Greece akan menimpa Malaysia.

Bila mengambil kira keadaan semasa melihat kepada aktibiti perbelanjaan Najib yang melampau, berbelanja lebih daripada pendapatan negara dan Keluaran Negara Kasar (KDNK) maka sebagai Menteri Kewangan, Najib tidak mampu melaksanakan SBPA selari dengan tuntutan Cuepac.  Sebelum ini pun telah ada suara-suara sumbang menyatakan terdapat tidak rasional dan saksama sekiranya SBPA ini dilaksanakan. 

Ada juga yang mengeluh, maka teringat pula mereka bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi.  Semasa beliau sebagai Perdana Menteri  telah beberapa kali penjawat awam menerima perubahan gaji,  walaupun tidak diwujudkan sistem  saraan baru gaji.

Mungkin Najib telah mendapat bisikan, kalau bagi  atau tak bagi sama saja.  Sokongan penjawat awam sukar dibaca.  Samalah apa yang pernah diucapkan oleh Najib “depan kita dia angguk, belakang kita lain pula dibuatnya".  Nampaknya Pakatan Rakyat umpama dapat bonus berhubung dengan pembatalan SBPA ini.  Tunggu!



No comments:

Post a Comment