IKLAN

Sunday, 11 March 2012

Datuk Seri Shahrizat Letak Jawatan Menteri


hostgator coupon page
Kuala Lumpur 11 Mac 2012.  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga mengumumkan perletakan jawatannya dari cabinet berkuatkuasa pada 8 April 2012 serentak dengan tamat tempoh Senatornya.

Walaubagaimana pun beliau masih kekal sebagai Ketua Wanita UMNO.  Orang ramai menyambut baik langkah yang dibuat oleh Shahrizat.  Walaupun National Feedlot Corporation (NFC) diterajui oleh suaminya  yang mendapat pinjaman mudah RM250 juta,  sebagai syarikat  anak beranak (family), secara otomatik beliau terpalit sama apa saja yang diuruskan oleh NFC.

Perkara ini sungguh lama berlarutan.  Dari satu transaksi ke satu transaksi kewangan yang dibuat oleh NFC  timbul dengan pendedahan yang dibuat oleh pihak PKR sehinggalah yang terbaru berhubung dengan pembelian apartment berharga RM1.7 juta untuk dijadikan pejabat NFC di negara Kazakhstan.  MOU juga dimetrai  antara NFC dengan Kazakhstan semasa lawatan Dato’ Seri Najib tempoh hari.

Pentadbiran Najib amat sukar untuk menangani isu NFC ini.  Begitu lama untuk beliau bertindak.  Desakan dari beberapa menteri  kabinet, bekas menteri kabinet dan  beberapa NGO supaya Shahrizat meletak jawatan tidak dipedulikan oleh empunya badan. Kerana desakan yang teramat maka mahu tidak mahu, terpaksa juga beliau meletak jawatan, itu pun kerana tempoh senatornya tamat sama pada 8 April.

Harus kita ingat, isu NFC ini bukanlah apinya dimulakan oleh pihak pembangkang.  Apabila  Laporan Ketua Audit Negara melaporkannya, pihak pembangkang inginkan penjelasan berhubung perkara ini.  Akhirnya yang kelam menjadi terang dan jelas.

Hari  ini masih  terbayang lagi di minda kita bagaimana Shahrizat menyingsing lengannya di hadapan Wanita UMNO pada Perhimpunan UMNO 2011 yang khusus ditujukan kepada  Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan dan Zuraida Kamaruddin, ADUN  Ampang, Selangor.  Disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa yang tak terhingga. Hari ini selepas menerima berita perletakan jawatan Shahrizat, mereka juga bertepuk tangan dan ketawa dibelakang Shahrizat tanda setuju. Bagus.

Adakah dengan perletakan jawatan dari kabinet dapat meraih kembali sokongan  kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional. Tunggu!!.

No comments:

Post a Comment