Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia bermula dari Tun
Mahathir yang mula memegang jawatan, akan memperkenalkan slogan-slogan dalam
pentadbiran mereka masing-masing. Tun
Mahathir antaranya memperkanalkan “Kepimpinan Melalui Teladan”, Tun Abdullah
dengan Islam Hadhari. Terkini Dato’ Seri
Najib dengan Gagasan “1 Malaysia” dan Islam Wasatiyyah.
Kesemua slogan-slogan yang
diperkenalkan adalah bertujuan
mendidik masyarakat dalam bernegara.
Kesemua slogan-slogan tersebut memang ada tujuan yang baik. Walaubagaimana pun penerimaan rakyat sudah
tentu ada pro dan sebaliknya. Mereka
juga mahu pemimpin yang memperkenalkan slogan mereka mempraktikkan juga pada
diri mereka sendiri disamping berharap akan diikuti oleh orang ramai.
Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan Tun
Mahathir nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Peribadi dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin yang ada tidak langsung boleh
dicontohi dan diteladani oleh orang bawahan atau orang kebanyakan. Pernah juga kita dengar orang berkata “pemimpin
pun sama juga, cakap tak serupa bikin, flip flop".
Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah tidak
didengari lagi samada ia berkubur tanpa tanda atau dibawa pergi bersamanya.
Kini diperkenalkan pula gagasan 1Malaysia – rakyat didahulukan
dan pencapaian diutamakan. Gagasan
1Malaysia diperkenalkan adalah untuk menjadikan masyarakat Malaysia bersatu padu,
berharmoni dan menjadikan kerajaan efisen dan cekap. Seluruh tenaga dikerah untuk menjayakan konsep 1Malaysia.
Sayang amalan rasis Umno masih tebal.
Dihadapan masyarakat India berkata lain, depan masyarkat Cina lu cakap
lain dan di depan orang Melayu lain nadanya.
Najib juga mahu dilihat keislamannya. Beliau telah memperkenalkan pula Islam
Watasiyyah. Jika dilihat daripada
pengertian Watasiyyah bermaksud, kesederhanaan, seimbang dan terbaik.
Sebagaimana yang telah diperjelaskan, Najib yang
memperkenalkan Watasiyyah tersebut tidak langsung menyerapkan konsep tersebut
ke dalam dirinya. Dimanakah kesederhanaan beliau. Menggunakan wang kerajaan
untuk faedah dirinya. Membelanjakan
sebanyak RM400,000 untuk majlis
pertunangan anaknya dan membelanjakan sebanyak RM80,000 untuk majlis sambutan harijadi beliau. Kesemua perbelanjaan tersebut dikatakan ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Apa yang dibentangkan tadi agar rakyat dapat melihat bahawa inilah bentuk pemimpin-pemimpin kita yang tidak
langsung boleh dicontohi dan diteladani. Berubahlah. Tunggu!
No comments:
Post a Comment