Sesiapa saja yang
terkena tomahan terlampau akan mengambil tindakan mempertahankan dirinya. Begitu juga apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh biseksual oleh S. Nallakaruppan
dalam satu sidang akhbar di pejabat Perkasa pada 19 Mac 2012.
Tidak sudah-sudah tohmahan dan fitnah digunakan oleh
pihak-pihak yang bersungguh-sungguh untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar.
Dalam sidang akhbar yang dibuat oleh Nallakaruppan beliau mencabar Anwar
supaya mengambil tindakan terhadapnya.
Anwar telah menyifatkan tindakan Nallakaruppan tersebut
adalah sebagai satu fitnah
bermotifkan politik dan paling dahsyat
ialah pelaporan kewartawanan
longkang. Pemberitaan yang tidak jujur,
tak seimbang dan tidak adil bagi poltik kerap dilakukan oleh media yang di
bawah pengawalan BN. Sehubungan dengan
itu Anwar tidak tunggu lama, melalui peguamnya pada 20.03.2012 telah
mengemukakan notis kepada Utusan Malaysia dan Editornya menarik tohmahan dan
permohonan maaf serta tindakan saman
berjumlah RM100 juta. Notis yang
sama juga dikemukakan kepada Nallakaruppan.
Ramai yang bersetuju tindakan yang diambil oleh Anwar
sebenarnya adalah satu tindakan yang sungguh wajar. Nallakaruppan sebenarnya telah digunakan untuk
menambah atau jadi mangkok
tambah kepada isu-isu yang mengaitkan Datuk Seri Anwar. Sama saja apa yang dilakukan oleh Ezam Mohd Nor dulu yang secara terbuka memburukkan
Anwar dengan menyatakan bahawa beliau
percaya Anwar Ibrahim seorang Peliwat. Dengan selamba sahaja tohmahan dan fitnah diucapkan orang yang bernama S.Nallakaruppan dan Ezam Mohd Nor dengan mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mempercayainya.
Orang-orang sebegini sebenarnya adalah untuk mencari dahan rendang untuk
survival mereka. Mereka mencari tempat
yang selamat. Setelah puas
mendendangkan lagu untuk
bosnya dan dianugerah jawatan Senatorship, mereka akan melagukan lagi lagu fitnah sehingga pilihan raya yang hampir ini. Tunggu!.
No comments:
Post a Comment