IKLAN

Sunday, 18 March 2012

Negara Malaysia Tempat Ke-19 Paling Selamat Di Dunia

hosting coupon webpage
Malaysia adalah negara paling selamat di dunia.  Ini diakui oleh Global Peace Index (GPI) 2011 berdasarkan kepada kajian mereka terhadap 153 negara di dunia. Dikalangan negara Asia Tenggara, Malaysia adalah paling aman. Di Asia Pacific pula Malaysia diletakkan pada ranking ke-empat selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Petunjuk itu dipilih oleh sebuah panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

Dengan index yang dikeluarkan tersebut banyak pihak menyambut baik dan mengakui index tersebut boleh diguna pakai bagi menunjukkan status negara Malaysia yang selamat.

Dalam pada itu saban hari di kaca tv dan suratkhabar dilaporkan  berita berhubung dengan kejadian jenayah seperti penculikan, rompak, rogol, bunuh, curi,  rasuah dan dadah.  Baru-baru ini belum pun berita adik Nurin yang diculik dan dibunuh luput dari ingatan kita, timbul pula berita adik Nurul Nadirah Abdulah (Dirang) diculik dibunun dan mayatnya dibakar.  

Semalam berlaku pula seorang  tukang gunting warga India  dirompak dan tangannya ditetak di premisnya di Petaling Jaya dan tangannya dibawa lari oleh 3 perompak tersebut.

Pada hari Jumaat lepas tiga perompak salah seorangnya ialah seorang anggota polis digantung kerja menculik seorang lelaki di Sungai Petani  dan membawanya ke Kuala Lumpur. Mereka sempat menerima wang tebusan RM40,000.  Walau bagaimanapun mereka berjaya ditangkap polis di TOL Jalan Duta.

Apakah  yang dimaksudkan Selamat?  Mungkin dimaksudkan ialah jenayah tersebut tidak berlaku kepada kita.  Bagimanakah pula jenayah berlaku kepada orang lain tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa?

Persoalan juga timbul index bagi Singapura jatuh ke tempat 24 negera yang paling selamat dalam dunia berbanding Malaysia tempat ke 19.  Bermakna Singapura lebih sedikit jenayahnya berlaku daripada Malaysia

Kita tidak seharusnya berbangga dengan index yang dikeluarkan tersebut kerana berita kejadian jenayah yang dipaparkan di radio, tv dan akhbar hari-hari tidak memaparkan keadaan sebenar negara Malaysia adalah negara paling selamat.  Bukanlah untuk menidakkan tetapi langkah-langkah pencegahan berterusan perlu diambil daripada mempercayai index kita negara selamat. Tuhan sahaja yang mengetahui dan kita sebagai hamba Allah sekadar berusaha dan berdoa untuk keselamatan kita dan negara. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment