IKLAN

Monday, 19 March 2012

S.Nallakaruppan Tuduh Anwar Biseksual

coupon free month

Pilihan Raya Umum Ke-13 makin hampir.  Kepada ahli politik mereka berebut-rebut menonjolkan diri masing-masing bersuara memuji-muji  parti UMNO dan Barisan Nasional dan juga bosnya Dato’ Seri Najib.  Itulah antara cara biasa yang digunakan.

Ada juga yang mengambil pendekatan lain  iaitu dengan cara membuat kritikan terhadap Parti Pakatan Rakyat berhubung dengan kegagalan  mentadbir negeri –negeri yang dikuasai oleh pakatan.  Lebih dahsyat lagi ialah mereka menggunakan isu fitnah dengan cara mengedarkan video lucah dan kenyataan menuduh seseorang itu seorang peliwat atau seorang biseksual.
Semalam 19 Mac 2012 Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah seorang biseksual berdasarkan pengalamannya berkawan dengan Anwar Ibrahim selama 30 tahun.  Inilah pendekatan yang diambil oleh Nallakaruppan sebagai  ‘barking dog’ bagi UMNO.

Nallakaruppan mendakwa   beliau sendiri  pernah melihat Anwar melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita.  Cuba kita fikirkan dengan secara lojik, seorang yang melakukan adegan sek bolehkah merelakan  aksi mereka  difilemkan, kecualilah aksi tersebut adalah porno shoot.  Kalau benarlah perkara ini berlaku, adakah Nallakaruppan juga mengambil bahagian  dalam game tersebut?.

Manusia-manusia  seperti Nallakaruppan inilah yang dikumpulkan oleh UMNO untuk menyalak bagi pihak mereka.  Usaha mengedarkan Video lucah Anwar  ‘China Doll’ kepada umum oleh kumpulan  ‘T-Trio’ telah tidak dipedulikan orang.  Selepas  video  tersebut dicuba lagi untuk mengedarkan video terbaru dikatakan lebih  dahsyat tetapi  mereka tersentak kerana  tarikh yang dikatakan kejadian dalam video tersebut  sebenarnya Anwar  menghadiri mesyuarat di Ibu pejabat Pas.

Satu lagi menjadi tandatanya, mengapa  kenyataan akhbar Nallakaruppan tersebut dibuat di pejabat  Perkasa.  Kenapa tidak dibuat di lain-lain tempat atau di pejabat parti Malaysian Indian United Party (MIUP)  sendiri?

Orang ramai faham  tindakan yang dibuat oleh  S. Nallkaruppan adalah untuk menarik perhatian Najib kalau-kalau pada pilihan raya akan datang ini terpilih sebagai calon boleh menang atau winnable candidate.

No comments:

Post a Comment