IKLAN

Saturday, 31 March 2012

Dr Khir Toyo Pula Buat Ramalan PRU Ke-13

Ping my blog
Bekas Menteri Besar  Selangor, Dr Mohd Khir Toyo muncul bersuara bahawa lima negeri ‘dalam bahaya’ dan sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang. Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

Sebelum ini Tun Mahathir berkata beliau keliru sehingga tidak dapat meramalkan keputusan pilihan raya ke-13 yang akan datang. Ada yang menyatakan sokongan  terhadap BN bertambah, ada yang berkata sebaliknya. Tun Mahathir bukan sahaja keliru tetapi beliau mudah lupa.  

Khir Toyo buat-buat lupa dengan mengatakan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dalam bahaya kepada BN. Pulau Pinang dan Selangor sememangnya sekarang sudah ditadbir oleh Pakatan Rakyat, apa bahayanya?.  Perak juga pernah ditadbir oleh Pakatan Rakyat tetapi dirampas secara tidak bertamaddun oleh BN.

Khir Toyo menyatakan orang Melayu masih menyokong UMNO kebanyakan di luar Bandar. Sementara di bandar pengundi akan menyokong Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bukannya bagus, mereka banyak kelamahan tidak menunaikan janji.  

Untuk pengetahuan Khir Toyo, senario masyarakat luar Bandar sudah berubah, kabar buruk UMNO dan BN telah disampaikan oleh anak-anak mereka yang bekerja dibandar dan juga yang belajar di Universiti-universiti.  Anak-anak merekalah yang memainkan peranan  menyedarkan mereka tentang keburukan sebenar parti yang menjadi idola datuk nenek mereka selama 55 tahun.  Rupa-rupanya UMNO adalah sebuah parti untuk memperjuangkan kroni-kroni pilihan, mengamalkan rasuah, salahguna kuasa  dan  berbagai penyelewengan.  Jangan menuduh Pakatan Rakyat tidak tunai janji.  Berapa lama  sudah BN berkuasa?. Adakah semua janji telah ditunaikan berbanding Pakatan berkuasa selamaa empat tahun.

Khir Toyo juga mempertikaikan hanya UMNO sahaja nampak membuat kerja BN sedangkan parti komponen yang lain tidak turun padang.  Sebenarnya UMNO memangnya menjadi dominan dalam Barisan Nasional. Apa yang dikata oleh Najib akan diangguk saja oleh mereka sebagai pengampu.  Kerana nak mengampu maka diburukkan Pas kerana Hudud dan salam Normala bersarong tangan dipertikaikan  oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.

Khir Toyo juga menyebut Negeri Sembilan juga dalam bahaya bagi BN. Maksudnya akan jatuh kepada Pakatan Rakyat.  Sebenarnya negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, seperti Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor juga Wilayah Kuala Lumpur akan kekal di bawah Pakatan Rakyat.  Terdapat pertambahan baru Insya Allah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis.  Dengan itu Johor,  Melaka dan Pahang  di Semenanjung kekal di bawah Barisan Nasional.  Bolehkah  Khir Toyo menerima keputusan sebagimana penulis sebutkan?.

Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adalah  sebagai satu ramalan beliau yang dibuat berdasarkan kepada apa yang beliau lihat.  Beliau tidak keliru seperti Tun Mahathir  langsung tidak boleh meramal.  Apa yang penulis sebut tadi adalah ramalan penulis. Apa-apa pun kita serahkan kepada Allah SWT.  Hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment