hostgator coupon page
Kuala Pilah 9 Mac 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, tiada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ini kerana sejak 54
tahun lalu kerajaan BN yang telah terbukti membela dan mensejahterakan rakyat. Kata Muhyiddin kerajaan BN telah membina
banyak kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan
pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.
Beliau percaya pada ketika ini
penting sama-sama merenung sejenak mengapa pemilihan sesebuah kerajaan atau
parti pada pilihanraya akan datang. Pada masa sama kita harus menilai adakah
parti dan kerajaan yang dipilih itu kelak mampu memikul amanah, menjaga
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Kita akui memang ada beberapa
perkara yang telah dibuat oleh Umno/BN untuk negara ini tetapi kebanyakannya
hanyalah kosmetik sahaja. Sejak lama
sudah bermula daripada pimpinan Tun Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan kini
Dato’ Seri Najib, apa yang dibuat hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan adalah untuk membantu
bumipurta. Perancangan selama 20 tahun
(1970 hingga 1990) mensasarkan pemilikan saham bumiputra dalam syarikat Terhad
sebanyak 30 peratus. Pencapaian sekarang sehingga kini sudah 42
tahun hanya sebanyak 17 peratus tiada peningkatan.
Itu baru isu pegangan bumiputra. Tanah-tanah kepunyaan
orang Melayu juga banyak sudah tergadai oleh puak-puak Umno. Sekarang mereka sedang berusaha pula siang dalam
malam bagi mendapatkan tanah orang Melayu Kampong Baru, Kuala Lumpur dengan alasan pembangunan.
Kita faham sesuatu rancangan projek
yang dibuat sebenarnya bukan secara jujur sebagai satu pembangunan, tetapi
ianya adalah untuk membahagi-bahagikan ‘percent” untuk mengisi perut mereka dan
kroni-kroni pilihan. Sebagai contoh satu
projek yang diperolehi kroni dan gagal
akan digantikan lagi satu kroni yang lain. Akibatnya nilai sesuatu projek berkenaan
menjadi berlipat ganda dari harga asal.
Memperkenalkan PTPTN kepada pelajar
sebagai pinjaman pelajaran adalah sebagai satu beban. Akhirnya pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN
yang baru melangkah ke alam pekerjaan terpaksa memulakan penghidupan dengan
membayar hutang sepanjang hayat.
Keadan rakyat sama sahaja, yang
miskin tetap miskin dan kaya bertambah kaya.
Sebenarnya rakyat tidak marah sangat dengan parti Umno tetapi pemimpin-pemimpinnya
yang menyalahguna kuasa dan rasuah.
Lihat sahaja apa yang dibuat oleh Najib menggunakan dana negara, kebanyakan
adalah untuk diri sendiri. Sebagai contoh pembayaran wang kepada BBC untuk
mempromosi diri, pembayaran kepada Apco dan baru-baru ini terbongkar pula pembayaran wang dari Jabatan Perdana Menteri
untuk majlis pertunangan anaknya Najwa. Kenalkan apa sahaja transformasi. Keadaan negara dan hidup rakyat
tetap tidak berubah. Kenaikan harga barang yang ketara sungguh membebankan.
Sebagai menjawab kepada pernyataan
Muhyiddin tersebut, rakyat ada sebab untuk tidak memilih Baraisan Nasional. Bagaimanakah untuk membuang pemimpin yang
ada. Rakyat tiada pilihan, hanya menolak
BN baru boleh menolak pemimpian.
Banyak kesilapan-kesilapan yang
dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional.
Kata Muhyiddin “tak perlu disenaraikan kesalahan masa lampau”. Sebenarnya sekarang ini lagi banyak dan
ketara. Tiada cara lain yang lebih mudah melainkan tidak memilih BN dalam
pilihan raya ke-13 yang akan datang.
Kata Muhyiddin banyak kejayaan dan
kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui
oleh Allah SWT. Sepatutnya semoga direstui oleh Allah SWT. Tunggu!
No comments:
Post a Comment