Telah
beberapa kali saya menulis berhubung dengan tindak tanduk pemimpin-pemimpin
UMNO yang jika bercakap tidak berfikir dan jika berjanji flip-flop. PM Dato’ Seri Najib banyak bercakap sorong
tarik (flip-flop) pada suatu ketika bercakap A dan esoknya bukan A tetapi
B. Isu-isu seperti Lynas, PSC, ISA dan
banyak lagi kenyataan yang dibuat berubah-ubah.
Kini timbul
pula kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri bin
Abdul Aziz (gambar) memeranjatkan negara apabila beliau menyatakan beliau tidak
bertanggungjawab kepada tingkahlaku yang tidak terkawal (recalcitrant) anak
lelakinya. Ini merujuk kepada Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, anak kepada Nazri
dikatakan memandu ke sebuah pasaraya kodominum Mont Kiara dengan sebuah kereta
Porsche minggu lepas dengan diikuti pengawal peribadi dengan MPV mewah dan
terlibat dengan pergaduhan dengan Penyelia Pengawal Keselamatan di kondominum ini. Kejadian tersebut dalam siasatan pihak polis.
Persoalan timbul bagaimana seorang ayah boleh melontarkan perkataan sedemikian dengan menyatakan beliau tidak bertanggungjawab kepada perlakuan anaknya (gambar Mohamad Nedim). Terserlah sangat keangkuhan Nazri. Beliau sepatutnya menyatakan terserah kepada pihak polis menjalankan penyiasatan, bukannya membuat kenyataan yang pelik sebagai seorang ayah dan juga menteri.

Kejadian
yang berlaku timbul pula tandatanya banyak pihak, mewah betul Nazri, mampu anaknya memandu kereta Porsche, MPV mewah untuk bodyguard dan juga membayar gaji
bodyguard anaknya. Patutlah beriya-iya sangat
Nazri mempertahankan dan kuat menentang supaya wakil rakyat tidak perlu mengisytiharkan harta kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), cukup sekadar isytihar harta
kepada Perdana Menteri, Najib. Rupa-rupanya ini yang cuba dielakkan. Ada udang di sebalik mee.
Ingatlah
manusia bagaimana merancang sekalipun, Tuhan yang menentukan. Sesuatu kejadian yang berlaku atau menimpa
ada sesuatu yang hendak ditunjukkan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment