IKLAN

Friday, 9 March 2012

Pilihan Raya DUN Berasingan - Tunggu Keputusan Mesyuarat Pakatan

Pada 13 Mac 2012 (Selasa) satu perjumpaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan diadakan di Kuala Lumpur untuk membuat satu keputusan samada mengadakan pilihan raya serentak di negeri yang ditadbir  semasa pilihan raya umum akan datang.

Ramai yang menunggu apakah keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat tersebut.  Ini akan menentukan politik masa depan Pakatan Rakyat.  Sementara itu Suruhanjaya  (SPR) masih berharap agar pilihan raya umum ke-13 bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan semua negeri kecuali negeri Sarawak diadakan serentak bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerja.  Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013.

Sehingga kini Pulau Pinang dan Selangor telah menyuarakan untuk mengadakan pilihanraya DUN berasingan.  Tuan Guru Nik Aziz pula tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, sementara MB Kedah Datuk Azizan sehingga kini belum diperolehi komennya.

Dari suara-suara yang didengar, adalah lebih baik Pakatan Rakyat mengambil pendirian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang mahukan negeri-negeri Pakatan Rakyat mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain.  Nik Aziz sebagai seorang yang berpengalaman dalam beberapa pilihanraya berpendapat  beliau mahu pilihanraya (peringkat DUN) diadakan serentak  dengan pilihan raya Parlimen.  Ini kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan berasingan.  Jika dibuat berasingan akan mendedahkan sebuah negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi serangan berlipat ganda. Ini termasuklah gejala rasuah dan berbagai kejahatan.  Ada hantu dan pelesit. 


Apa yang disuarakan oleh Nik Aziz tersebut adalah mengambarkan perkara-perkara yang akan berlaku jika pakatan memilih pilihan raya DUN secara berasingan. Kebimbangan ini ditambah lagi insiden-insiden daftar pemilih yang meragukan seperti ada nama didaftar pemilih tetapi tidak wujud di dalam rekod Pendaftaran Negara.  Kerenah-kerenah SPR dn juga provokasi-provokasi pihak lawan perlu juga diambilkira.

Adalah lebih baik pakatan rakyat membuat satu keputusan yang rasional dan menguntungkan pakatan iaitu mengadakan pilihan raya DUN dan Parlimen serentak.  Dengan berbuat demikian risiko-risiko boleh dikurangkan dengan memberi tumpuan khusus kepada DUN dan Parlimen.

Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.  Buatlah keputusan yang bijak.  Selamat bermesyuarat. Tunggu!

No comments:

Post a Comment