IKLAN

Saturday, 17 March 2012

Tengku Adnan Minta Sheikh Abdul Kadir Letak Jawatan


coupon
Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO meminta  Tan Sri Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Menteri Penerangan meletak jawatan daripada UMNO jika merasakan parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu itu tidak betul.  Menurut Adnan Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu wang RM100 – RM 1,000 dalam pilihan raya umum lepas bagi menentukan kemenangan.

Dalam pilihan raya umum 2008 Zulkifli Nordin dari PKR (sekarang bebas) memenangi kerusi Parlimen Kulim- Bandar Bharu.

Apa yang disuarakan oleh Abdul Kadir mungkin perkara ini benar berlaku berdasarkan kepada apa yang beliau saksikan sendiri.  Kalau tidak mengapakah  beliau berani menyuarakan perkara tersebut.  Banyak perkara-perkara yang sumbang berlaku dalam pentadbiran kerajaan dan parti Umno dikritik oleh beliau.  Perkara ini boleh dilihat dalam youtube ketika majlis  perasmian pelancaran Angkatan  Amanah Merdeka (Amanah).

Beliau sedar kritikan beliau tidak akan disenangi oleh pemimpin Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya.  Beliau tidak kesah jika apa-apa tindakan dibuat oleh UMNO walaupun dibuang daripada parti.  Beliau rasa kritikan beliau itu sepatutnya dihalusi dan diberi perhatian untuk kebaikan parti.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim mahukan penjelasan dari Abdul Kadir mengenai tuduhan bahawa kononnya pengundi di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang.  Ruslan Kassim jangan tersilap kalau ada pengundi-pengundi menerima wang (ini kerana disogok), mereka mempunyai pemikiran yang waras, mereka tidak juga memberi  undi kepada  BN sebaliknya mengundi Zulkifli Nordin atas dasar beliau adalah dari Pakatan Rakyat pada ketika itu. Ekau beri eden  duit  den ambik, kau suruh undi itu  rahsia den.

Roslan suruh Abdul Kadir ingat pesanan orang tua “jangan benci keterlaluan dan jangan pula  sayang  keterlaluan”.  Sekarang Abdul Kadir tidak begitu, beliau sayang keterlaluan pada UMNO dan sekarang benci pula keterlaluan.

Begitu juga reaksi PERKASA (Kedah) Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi  yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal.  Harus diingat senario  2008 berbeza dengan sebelumnya.  Dulu mereka tidak fikir tentang nasib negara, mereka akan mencubit apa yang dihidangkan di hadapan mereka.  Sebab itu Abdul Kadir segak beberapa penggal hingga sekarang dengan wig dan bow tienya.
Sekali ombak menghempas pantai dan sekali pasirnya akan mengubah pantai.  Mungkin banyak perkara yang dilihat oleh Abdul Kadir yang harus beliau tegur agar UMNO berubah.  Beliau faham, UMNO umpama bukit  walaupun kuat disalak tak akan runtuh.  Sebab itu beliau bersekali dengan YM Tengku Razali menjalankan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).  

Tindakan yang dibuat oleh Abdul Kadir berbeza yang dibuat oleh ASPAN ALIAS dan Dato’ Mohd. Arif Sobri bin Hj. Abdul Aziz (Samongkol 47) yang memerhati dengan penuh kesabaran menantikan UMNO berubah, oleh kerana UMNO tidak menampakkan akan berubah maka mereka berdua meninggalkan  UMNO dan memilih DAP sebagai landasan baru perjuangan.

Itulah nasib ahli UMNO yang menegur parti demi kebaikan akan segera  diambil tindakan. Tunggu!

No comments:

Post a Comment