Adakah Lynas selamat? Dato’ Seri Najib dalam kenyataannya menolak
kebimbangan yang dibangkitkan oleh peserta demonstrasi anti- Lynas dengan
menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan
adalah selamat dari segi fakta dan saintifik.
Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)
merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, selamat
tetapi Lynas perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal
sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya. Bagi IAEA mereka tidak
menemui sebarang "ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi
antarabangsa" dalam projek itu.
Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan
Radiologi & Kesihatan menyatakan
risiko pada aras yg terlibat dengan dos
sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah. Loji Lynas bukan loji nuclear sebagai mana dituduh.
Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor pula mengatakan bahawa Lynas bukan loji nuclear, dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah kadar radiasinya umpama lombong bijih.
Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor pula mengatakan bahawa Lynas bukan loji nuclear, dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah kadar radiasinya umpama lombong bijih.
Sementara itu Maximus Ongkili, Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi menyatakan sisa air yang dihasilkan dari aktibiti Lynas adalah
selamat. Datuk Seri Adnan, Menteri Besar Pahang pula mengandaikan bahaya Lynas macam asap rokok saja.
Baru-baru ini muncul kenyataan yang menjadi persoalan. Dato’ Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
mencadangkan suapaya sisa radioaktif dihantar balik ke Australia selepas
diproses di kilangnya di Gebeng.
Dato’ Seri Najib
pula dalam kenyataan terbarunya menyebut Lynas mestilah membuang jauh sisa-sisa lojinya yang mengandungi radioaktif dari kawasan
penempatan penduduk, tetapi masih dalam negara.
Pada
6 Mac 2012 Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamad menyatakan bahawa pihak
Lynas telah bersetuju menghantar sisa nadir bumi dari loji Lynas di Gebeng ke luar negara. Lynas memberi jaminan secara bertulis kepada
kerajaan yang mereka akan mematuhi syarat yang dikenakan terhadap syarikat
semasa pengeluaran lesen operasi sementara oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom
(AELB).
Pernyataan bahawa loji Lynas di Gebeng adalah selamat hanya untuk meredakan
keadaan. Sebenarnya dunia sedang
memerhatikan perkembangan Lynas di Malaysia.
Walau daerah mana sekali pun sisa ini ditempatkan, risikonya tetap ada.
Persoalan
lain yang timbul jika ia akan dihantar ke luar negara (cadangan ke Australia) bolehkah dilakukan?.
Bukankah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang antarabangsa bahawa memindahkan sisa bahan merbahaya keluar dari sempadan
antarabangsa.
Kerajaan Australia sebenarnya tidak membenarkan
Lynas memproses nadir bumi di buminya. Inikan pula menerima sisa
radioaktif. Lihat saja kenyataan Kerajaan Australia Barat melalui Menteri Perlombongan
dan Petroleum, Norman Moore “his Government would NOT accept any
radioavtive waste from another country including that generated by Lynas”. Ada
faham.
Manusia dan orang yang pakar memberitahu Lynas
selamat. Manusia merancang tetapi Allah berkuasa menentukan. Lihat
saja apa yang berlaku kepada kilang kimia Mitsubishi di Bukit Merah? Sama juga apa yang berlaku kepada stesyen
janakuasa loji nuclear di Fukushima,
Jepun yang mengalami keocoran radiasi akibat tsunami Mac 2011?.
Ngo-Ngo yang bergabung dalam Himpunan Hijau 2.0 yang
lalu sebenarnya adalah mewakli suara rakyat.
Mereka mahukan rakyat Malaysia selamat dari malapetaka. Kerajaan
Malaysia tidak dapat apa-apa hasil cukai (dikecualikan cukai) selama 12 tahun hasil
daripada operasi Lynas. Lynas mendakwa akan menjana pendapatan eksport setahun berjumlah RM8 billion.
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment