hostgator coupon page
Bersuara
lagi ahli-ahli akedemik bagi
mencari ruang kalau-kalau dipilih menjadi
calon boleh menang. Mereka menyuarakan
pendapat supaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen
dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beberapa penganalisis berpendapat waktu
terbaik untuk PRU ialah pada bulan Mei
dan Jun tahun ini. Ini berikutan
sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program tranformasi.
Penganalisis politik, Prof Datin
Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan
pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan
kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan
rakyat ketika ini.
Prof-prof boleh saja bagi pendapat, tetapi tahukah mereka
bahawa apa yang ada di fikiran Najib?. Perletakan
jawatan Datuk Seri Shahrizat dari kabinet tidak langsung memberi kesan menaikkan sokongan
rakyat. Ada banyak lagi isu-isu negara
dan dalaman parti UMNO menanti yang tak
cukup tangan untuk dikemudikan oleh Najib. Dato’ Seri Najib sendiri telah memberi
amaran suapaya melapor kepadanya perkara sebenar walaupun yang buruk (mendukacitakan)
supaya dapat dibuat penilaian.
Yang mana
satukah isu yang hendak dicapai oleh Najib. Dari isu ke satu isu timbul berhubung dengan
pimpinannya dan juga dirinya. Sehari dua ini timbul pula isu penggunaan wang
kerajaan bagi pembiyaan majlis pertunangan anaknya Najwa berjumlah RM409,767.
Ini berdasarkan tuntutan bil Hotel
Shangri la kepada Pejabat Perdanan Menteri Malaysia sebagaimana didedahkan oleh
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Pembatalan
sistem gaji Saraan Baru Perkhidmatan
Awam (SBPA) dan pengekalan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan
juga tidak memastikan sokongan penjawat awam bertambah. Mentelah ianya belum diimplimintasikan lagi.
Perkara
yang paling dikhuatiri oleh Najib adalah
berhubung dengan pemilihan calon-calon Barisan Nasional untuk pilihan raya akan
datang. Najib telah mengariskan dan
meminta ahli berkorban menerima calon-calon pilihan pucuk pimpinan yang mahukan
calon boleh menang atau winnable candidate.
Jika tersalah pilih, harapkan kemenangan menjadi sebaliknya. Kebimbangan calon pilihan disabotaj perlu
juga diambil kira. Pening betul.
Isu-isu
lain yang menunggu tidak perlu disenaraikan.
Banyak lagi samada melibatkan BN, UMNO, negara dan juga berhubung hal peribadi
Najib dan keluarganya sendiri. Sebab
itulah Dato’ Seri Najib belum dapat ilham lagi (mengambil kata-kata Tun
Abdullah) untuk membubarkan parlimen
supaya pilihan raya diadakan.
Benarkah
sokongan rakyat telah balik kepada Barisan Nasional? Apa yang dilaporkan sokongan orang Melayu dan
India bertambah, tidak pula disebutkan sokongan orang Cina pula bagaimana?.
Dilaporkan dari kaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar
sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69
peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan
pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M). Mungkin ini
yang digunapakai oleh Ramlah Adam yang mencadangkan Najib adakan pilihan raya
secepat mungkin.
Memang senang
beri pendapat seperti penganalisis politik seperti Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam. Apa susahnya hanya modal gigi dan lidah sahaja. Apa yang
ditanggung oleh Najib tak siapa yang tahu.
Apa yang diketahui Tun Mahathir juga telah menyuarakan supaya pilihan
raya tidak diadakan dalam waktu terdekat.
Mahathir dapat membacanya, kalau sekarang diadakan pilihan raya. Maut.
Hendak tak hendak kena dengan nasihat Tuan Penasihat.
Pada saya Pilihan Raya Umum Ke-13
InsyaAllah berkemungkinan akan diadakan pada tahun hadapan.
Berilah peluang kepada Umno dan Barisan Nasional mengambil masa bertenang,
menutup lobang-lobang yang bocor supaya bahtera yang belayar sekarang tidak lagi bocor dan penumpangnya tidak lemas bersama Nakhodanya. Tunggu!
No comments:
Post a Comment