Hari ini Datuk Zaid Ibrahim, presiden Parti Kesejahteraan
Insan Tanah Air (KITA) mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya dengan
mengumumkan bahawa partinya tidak akan dibubarkan sebagaimana diumumkan
dahulu. Beliau seterusnya
menyatakan akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu, Kelantan di bawah tiket
KITA dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam sidang akhbar tersebut nampak sungguh keegowan Zaid seolah-olah lupa kepada kuasa Allah. Beliau dengan sombong menyatakan bahawa beliau bertanding di Kota Bharu tidak gentar samada berhadapan
dengan Pakatan atau BN. Beliau sebagai
veteran di Kota Bharu lebih baik
berbanding mereka. Katanya lagi
calon-calon Pakatan Rakyat dan BN tidak mempunyai banyak pengalaman.
Zaid juga berbangga diri dengan menyatakan parti KITA lebih
progresif, Lebih maju dan lebih kehadapan
dan lebih baik daripada parti-parti pembangkang yang ada.
Sidang akhbar yang diadakan
oleh Zaid adalah semata-mata untuk mempromosi dirinya dan juga parti KITA. Apakah pengalaman yang parti KITA ada, belum satu
pilihanraya pun ditandingi oleh KITA.
Apakah kemajuan yang dicapai oleh parti tersebut?.
Jangan-jangan hilang wang deposit semasa bertanding di Kota
Bharu dalam pilihan raya yang akan datang.
Tunggu!
No comments:
Post a Comment