IKLAN

Monday, 11 June 2012

Anifah Aman: Perbicaraan Scorpene Bukan Serius

BlogPingTool.com
Perbicaraan Scorpene bukan serius.  Itulah kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.  "Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan pihak tertentu". 


Di manakah hendak disembunyikan muka. Berita mengenai Scorpene ini telah menjadi tajuk akhbar beberapa buah negara seperti Thailand, HongKong, Vietnam, Malta dan banyak lagi. 

Pemberitaan yang dibuat  oleh media luar negara terang-terang menyebut nama Perdana Menteri 1Malaysia dan beberapa nama yang disebut seolah-olah terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene tersebut.  


Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN. Ini berdasarkan faksmili menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.



Bagaimana Anifah boleh membuat satu kesimpulan bahawa perbicaraan Scorpene bukan isu yang serius, sedangkan berita yang dihebahkan melibatkan pemimpin negara dan nama baik keseluruhan rakyat Malaysia.  Jika kenyataan yang dibuat tersebut untuk mempertahankan Najib, orang tidak akan ambil pot sebab berita ini adalah menjadi satu isu yang besar yang harus dijawab oleh Perdana Menteri  1Malaysia. Jika  perkara sebegini berlaku di luar negara, perdana menterinya secara sukarela mengambil langkah meletak jawatan.


Janganlah kerana mahu menjaga diri untuk termasuk dalam senarai calon boleh menang, maka kenyataan seperti ini timbul.  Mana mungkin isu kapal selam Scorpene ini isu yang tidak serius.  Terang-terangan disamping terdapat perlakuan rasuah, juga dikatakan pembunuhan jurubahasa Altantuya juga ada kaitan dengan urusan Scorpene. Allah maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment