IKLAN

Saturday, 9 June 2012

Menteri Pengajian Tinggi Tidak Tinggi Pemikirannya

Free blog ping
Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin mempertahankan sebab pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan  Tinggi Nasional ( PTPTN) ditarik balik pembekuannya kerana kerajaan Selangor tidak dapat selesaikan masalah jangka panjang. Tindakan mencairkan asset berjumlah RM30 juta tersebut hanya sebagai langkah jangka pendek. 


Inilah kenyataan bodoh seorang menteri yang tidak tinggi pemikirannya yang duduk di Kementerian Pengajian Tinggi. Apa yang diusahakan oleh Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah satu tindakan segera untuk tidak mahu menggangu pelajar-pelajar baru yang terlibat tersebut yang terdiri daripada bukan semuanya anak Selangor tetapi daripada negeri-negeri lain. Usaha sampingan juga dibuat.  Kerajaan Selangor mempunyai rizab sejumlah RM1.6 bilion, bila-bila masa dapat mengatasinya.  Pemimpin pakatan rakyat semuanya bijak-bijak belaka, yang bodoh semuanya berada dalam Umno (kata-kata Tun Mahathir).



Jika hendak mempolitikan  biarlah matang, fikirlah setiap sudut sebelum sesuatu tindakan hendak dibuat.  Sekarang umpama menegak benang yang basah, macam-macam alasan diberikan. Setelah menerima tekanan dari berbagai parti komponen Barisan Nasional, lekas-lekas buat pusingan 360 darjah menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan Kuis.

Kepada Khaled kita nak tanya sudah habis ke rayuan supaya mengundi BN (diri sendiri) yang dibuat melalui pos kepada pengundi-pengundi kawasan  sendiri?  Buang masa saja. Dengan peristiwa PTPTN ini nampaknya sokongan terhadap Khaled  turun merudum. Adios.

No comments:

Post a Comment