IKLAN

Sunday, 10 June 2012

Siapa Yang Bayar Sewa Rumah Muhyiddin?

BlogPingTool.com
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diminta oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan akaun bank beliau   dan beliau juga akan  berbuat demikian sebagai mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.


Selain daripada itu Anwar juga bertanya Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor dan  kemudian dilantik menjadi Menteri di Kuala Lumpur “Siapakah yang membayar sewa rumah yang Muhyiddin tinggal?”.  Ini soalan cepumas.

Itu sahaja yang Anwar katakan kepada Muhyiddin.  Orang ramai sedang menunggu dari Muhyiddin, apakah jawapan yang akan diberikan olehnya.  Fikri-fikirlah dulu banyak masa lagi, jangan tak berjawab sudahlah.


Sarang tebuan jangan dijolok, dari pengamatan kita jarang sekali Anwar menyentuh Muhyiddin. Tiba-tiba Muhyiddin bersuara. Bila Anwar bersuara dengan lembut  “Siapakah yang membayar sewa rumah yang Muhyiddin tinggal”  sudah pening kepala.  Bila ditanya wartawan bila  pilihan raya akan diadakan  “akan diadakan tidak lama lagi tapi tidak sebegitu cepat”. Apa punya kelam kabut.

No comments:

Post a Comment