IKLAN

Monday, 25 June 2012

Mahathir Takut Dan Terbayang Arab Spring

Ping Blog
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu Majlis  Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyentuh lagi berhubung dengan ‘Arab Spring” yang menurutnya tidak seharusnya berlaku di Malaysia berbanding negara Timur Tengah.


Telah beberapa kali perkataan ini dicetuskan oleh Mahathir.  Nampak sangat kebimbangan di dalam dirinya. Lebih-lebih lagi gara-gara Khairy Jamaluddin dalam surat terbukanya kepada Mahathir mencadangkan satu Tribunal dibentuk menyiasat salahlaku semasa pemerintahan Mahathir.

  Perhimpunan Dataran Tahrir (Mesir)
Mahathir telah nampak jelas bahawa sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib umpama sokong membawa rebah yang tidak lama usianya akan menyembah bumi.  Mahathir sedar  apa yang diusahakan oleh Najib tidak juga boleh menyelamatkan Umno BN untuk pilihan raya yang akan datang.  Rakyat sudah matang, kau panggil aku datang, kau bagi aku ambil kau suruh aku ngundi aku mengundi  tapi tidak untuk batang timbang.

Apabila perhimpunan Bersih  3.0 Duduk Bantah (Dataran Merdeka) disertai berbagai masyarakat disemua peringkat hingga mencapai angka 350 ribu di Kuala Lumpur, Mahathir menyamakan dengan Arab Spring bahawa pakatan rakyat mahu jatuhkan kerajaan.  Dituduh pembangkang memberi wang untuk perhimpunan tersebut.  Begitu juga tuduhan kepada Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang memenuhkan Stadium Darul Aman di Alor Setar juga dikatakan dibayar.

Tidak langsung dalam agenda pihak pembangkang untuk melakukan Arab Spring.  Mereka memang mahu jatuhkan kerajaan BN tetapi dengan peti undi.  Pembangkang tidak sabar-sabar menanti hari penentu rakyat iaitu pilihan raya apabila parlimen dibubarkan.  Inilah peluang yang sentiasa ditunggu oleh pihak pembangkang.

Mahathir sedang dikejar bayang-bayangnya sendiri.  Untuk menyedapkan hati supaya boleh tidur lena berbagai andaian direka.  Tidur tetap tidak lena.  Tiba-tiba terpancut dari mulut sendiri ‘saya tidak takut pembangkang mengambil alih Putrajaya, yang saya takut ialah pertuduhan palsu”.  Dari kenyataan ini jelas terbayang ketakutan  beliau tersebut.

Terlalu banyak yang difikirkan oleh Mahathir. Didoakan beliau panjang umur supaya dapat melihat tayangan semula apa yang pernah dilakukan terhadap Malaysia, kebaikan, keburukan dan kemungkaran. Amin

No comments:

Post a Comment