Baru
saja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta parti-parti
komponen Barisan Nasional (BN) berhadapan
dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan
datang dengan menuduh pembangkang
sebagai penyebabnya. Muhyiddin
meminta ahli parti turun berjumpa rakyat menerangkan keadaan sebenar.
Umum mengetahui Umno BN sentiasa menghadapi masalah persepsi
disebabkan buatan dan amalan sendiri dan bukannya putarbelit fakta dan fitnah pembangkang. Perkara yang memburukkan Umno BN adalah
terhadap pemimpin-pemimpin, dasar-dasar dan
juga tindakan-tindakn yang tidak bijak dalam mengatasi sesuatu masalah untuk
rakyat. Rakyat didahulukan. Balak-balak seperti
isu Bersih, Scorpene, Altantuya, NFC, Jual dokumen keselamatan, PTPTN sedang menunggu, semuanya adalah kemungkaran buatan sendiri bukan kerana pembangkang.
Belum pun sampai seminggu Muhyidddin
bercakap mengenai persepsi, timbul pula berita yang memalukan diri Najib. Dari The New York Post melaporkan dokumen mahkamah
Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, iaitu tunang kepada anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
terlibat dalam penipuan.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan juga memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan sedangkan sebenarnya dia bersekolah di Switzerland dan tidak pun menamatkan pelajaran.
Sebelum
ini heboh diperkatakan bahawa majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan
dari Kazakhstan (Daniyar) dikatakan menelan belanja berjumlah RM409,767 berlangsung di
Seri Perdana dan ditanggung oleh rakyat, ini berdasarkan dokumen pembayaran yang
dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana
Menteri.
Adakah
pesepsi terhadap Umno BN ini disebabkan pembangkang yang mengada-adakan cerita atau ianya satu fitnah?.
Walaupun berita mengenai bakal
menantu Najib tersebut, tentu pihak-pihak
pencacai Umno BN mengatakan tidak menjejaskan
negara tetapi berita ini melibatkan Perdana Menteri 1Malaysia. Persepsi terhadap Umno BN kebanyakannya
melibatkan Najib. Sekiranya ini berlaku
kepada pemimpin luar negara seperti Korea, Jepun, Amerika sudah tentu secara
anak jantan mereka akan melepaskan jawatan secara terhormat. Tidaklah untuk
kekal berkuasa dan menjadi mabuk kuasa.
Umno BN sedang ditarik perlahan-lahan umurnya.
No comments:
Post a Comment