Jangan
cuba ganggu Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat.
Usahlah beria-ia sangat Datuk Seri Anwar mencabar Najib untuk berdebat. Kita harus faham tugas beliau sebagai perdana
menteri terlalu banyak dan berat dalam menjalankan tranformasi-tranformasi
untuk negara.
Umum
mengetahui untuk menyelesaikan masalah yang sedang beliau hadapi seperti isu
Scorpene, rasuah, Altantuya, National Feedlot (NFC), wang rakyat untuk majlis
anak perempuannya, belanja sambutan hari lahir beliau sendiri, perihal tindakan
mahkamah bakal menantu Daniyar Nazarbayev di Amerika, peribadi isterinya Rosmah,
Isu Bersih dan berbagai lagi isu yang tidak terjawab.
Dengan
isu-isu yang berserabut di kepala mana mungkin untuk menyahut cabaran untuk
berdebat dari Anwar. Bagi mengelak dan
lari cabaran atau tutup topik maka katakanlah ‘debat bukan budaya kita’. Tidak selesai juga perkara debat tersebut. Sekarang
Debat Bukan Budaya Kita menjadi satu fatwa baru yang difatwakan oleh
Najib, sehinggakan orang-orang atau pemimpin Umno tidak digalakkan berdebat
terutama dengan pihak pembangkang takut seluar terlondeh walaupun diikat ketat
dengan tali pinggang berbuckle besar.
Selepas
Najib mengatakan debat bukan budaya kita, maka sekolah-sekolah atau institusi
pengajian tinggi tidak akan mengadakan
program debat lagi, maka bolehlah dibuang piala pusingan Debat Perdana Menteri
ke dalam longkang atau dijual pada kedai besi buruk.
Sehubungan
dengan kata-kata Najib tersebut maka benarlah kata-kata mantan perdana menteri
Tun Mahathir bahawa ramai orang pandai-pandai masuk Pas, PKR dan DAP yang tinggal dalam Umno adalah orang-orang bodoh dan dungu. Untuk jaga periuk nasi sokonglah Umno
BN, sokong membawa rebah.
No comments:
Post a Comment