IKLAN

Thursday, 7 June 2012

Pemberian BR1M Kali Kedua Akan Datang Lagi

Ping my blog
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada kabinet semalam supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk rakyat. 
Nampak jelas apa yang telah ditaburkan kepada rakyat melalui  BR1M tidak dapat menarik rakyat menyokong Barisan Nasional.



Apakah lagi cara untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong kepada Barisan Nasional selain memberi lagi wang BR1M supaya rakyat menyokong kepada Barisan Nasional.  Itulah cadangan Muhyiddin dalam mesyuarat kabinetnya semalam (Rabu 6 Jun 2012).  Hanya Perdana Menteri 1Malaysia sahaja yang boleh membuat keputusan samada mahu menabur wang sekali  lagi sebagai usaha minta sokongan dari rakyat supaya mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.


Kerajaan memang perihatin terhadap rakyat sebagaimana slogan Rakyat Didahulukan.  Rakyat juga berterima kasih kepada kerajaan yang menghulurkan bantuan buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai pun satu tahun datang lagi durian runtuh. Walau bagaimanapun kerajaan BN harus ingat, rakyat tidak semudah itu untuk dibeli dengan wang ringgit.  Rakyat cukup faham angka yang disapu oleh pemimpin BN dan kroni adalah melebih daripada apa yang mereka terima.  Janganlah menganggap rakyat begitu murah harganya semurah RM500. Sudah terantuk baru hendak tengadah.


Sungguhpun begitu jika cadangan Muhyiddin tersebut diterima oleh Perdana Menteri, bila agaknya pemberian tersebut akan dibuat?.  Kalau selepas pilihan raya, lupakan sahaja hasrat tersebut. Ini kerana pada masa itu kerajaan berkebajikan akan mengambil alih, sudah tentu lebih baik lagi dari BRIM. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment