Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi
(PTPTN) telah membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri
Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor. Ini disahkan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 Jun 2012. Menurut beliau tujuan pembekuan tersebut adalah ingin memberi peluang kepada Pakatan
Rakyat membuktikan mereka mempu memberikan pendidikan percuma di negeri
Selangor. Keputusan PTPTN juga
diperluaskan kepada Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Sehubungan dengan tindakan PTPTN
tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor telah
mengambil langkah drastik untuk mencairkan asset Unisel berjumlah RM30 juta untuk
persediaan membantu pelajar-pelajar terelibat.
Inilah antara tindakan kerajaan
Barisan Nasional yang semata-mata bertujuan untuk memalukan kerajaan Selangor
sekaligus sebagai satu daripada agenda untuk mengambil alih Selangor dalam
pilihan raya ke-13 yang akan datang.
Sebenarnya tindakan Kerajaan Barisan Nasional ketika membuat keputusan tidak memberikan pinjaman kepada universiti-universiti
di bawah kerajaan Selangor adalah satu kesilapan, mereka lupa bahawa tidak semua pelajar yang belajar
di universiti-universiti tersebut terdiri daripada anak Selangor. Pelajar juga datang dari luar Selangor anak
negeri-negeri BN seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan sebagainya
yang turut belajar disini. Oleh itu
target BN untuk mengenakan kerajaan
pakatan rakyat Selangor adalah satu tindakan umpama memakan diri.
Tiba-tiba muncul pula suara dari Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyatakan mahasiswa baru
Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku
salah. Dengan lain-lain perkataan umpama menyuruh
Khalid Ibrahim sujud kepada kerajaan BN. Nampak sangat isi perut Noh Omar. Tindakan BN umpama tidak dapat tanduk telinga dipulas. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh PKR?.
Inilah dikatakan tindakan pemimpin kurang
matang Umno BN yang membuat sesuatu
tindakan tidak menggunakan otak. Betullah
kata Tun Mahathir ramai orang yang bijak pandai berada di pihak pembangkang,
yang bodoh-bodoh berada dalam Umno. Apa
yang diperkatakan dan dijanjikan oleh pakatan rakyat ialah “Jika PAKATAN BERKUASA DI PUTRAJAYA Pinjaman PTPTN akan dimansuhkan, rakyat akan diberikan
pelajaran percuma. Kalau bahasa sebegini mudah tidak dapat difahami adalah
lebih baik masuk kelas dewasa, tidak layak menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi.
Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil langkah yang tepat dan betul
untuk mencairkan harta kerajaan Selangor terutama milik Unisel yang
bernilai RM30 juta. Inilah satu pengorbanan yang harus dibuat
bagi menyelesaikan masalah pelajar yang terlibat termasuk pelajar anak-anak
negeri BN.
Hari ini Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi
(PTPTN) telah menarik semula pembekuan pinjaman tersebut kepada kedua-dua universiti tersebut. Ini telah disahkan sendiri oleh menterinya Mohamed Khaled Nordin.
Walau apa alasan sekali diberikan pembekuan ditarik balik, samada disebabkan rayuan oleh Unisel, bagi rakyat amat faham mereka tetap beranggapan BN berdendam dan telah menerima kritikan yang tidak tertulis yang amat marahkan tindakan BN tersebut. BN sendiri telah tersedar hendak kenakan pakatan rakyat, BN pula yang menerima padah.
Makin lama menunggu tarikh pilihan raya, maka semakin banyak isu-isu yang timbul akibat perbuatan Umno BN sendiri. Elok juga lambat lagi pilihan raya, silap hari ada orang yang mati terduduk.
No comments:
Post a Comment