Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat Parti Barisan Nasional (29 Jun) mengatakan tuduhan pembangkang bahawa beliau berteka-teki untuk menetapkan tarikh pilihan raya ke-13 kerana tidak yakin. Beliau kena menghormati mandat 5 tahun yang diberikan rakyat. Sekarang ini sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat, ini terbukti melalui sambutan diberi orang ramai dalam setiap program mahupun lawatan.
Memang terbukti program seperti Janji Ditepati dan siri lawatan Najib dan Muhyiddin menunjukkan kehadiran yang ramai mencapai lebih daripada 10 ribu orang. Najib juga sedar bahawa cara Umno meramaikan majlis ialah adakan hiburan-hiburan yang mengasyikan yang diatur oleh Media Prima, beri cenderahati, beri duit poket dan sediakan bas untuk mengangkut mereka. Maka penuhlah majlis. Lepas itu dalam ucapan katakan "nampaknya sokongan rakyat kepada BN semakin bertambah, kedatangan tuan-puan dekat dengan pemimpin".
Sekiranya Najib atau Muhyiddin tidak perasaan atau mengetahui apa yang disediakan oleh AJK majlis, ini bermakna mereka telah ditipu hidup-hidup, kerana majlis kelihatan meriah dan ramai yang hadir. Kalau saja-saja memanggil untuk meramaikan majlis Umno jangan harap mendapat sambutan kalau tidak diberi bekal. Siapakah yang mahu tinggalkan menoreh, bersihkan ladang, menurunkan kelapa sawit kalau hanya untuk melihat muka pemimpin. Hendak tengok muka pemimpin hari-hari ada dalam TV, buang masa.
Kenyataan Najib sokongan terhadap BN bertambah hanyalah untuk menyedapkan hati sahaja, beliau sebenar tidak yakin dan terpaksa memilih tarikh membubar palimen ke saat akhir mandat rakyat berikan 5 tahun. Hampir setiap masa dilaporkan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pakatan rakyat disetiap negeri mendapat sambutan luar biasa, makin berakhir penggal pemerintah Najib semakin ramai orang ramai menghijaukan tempat ceramah tidak kira siang dan malam. Petanda-petanda inilah yang membuat tidur Najib tidak lena. Kebimbangan ini juga dikongsi bersama oleh Muhyiddin dan Tun Mahathir yang sedang memukul canang untuk menaikkan anaknya Mukhriz untuk menjadi Menteri Besar Kedah.
Apa yang dikatakan oleh pakatan rakyat bahawa Najib tidak yakin untuk memanggil pilihan raya adalah benar. Apabila hampir untuk mengumumkan pembubaran parlimen datang pula bala ke satu bala menimpa dirinya, hal isteri, anak, bakal menantu dan pentadbirannya. Ditangguh lagi dan ditolak ke depan hinggalah ke akhir mandat.
Untuk Najib, ambilah masa yang sesuai dan bertenanglah membuat keputusan, Jangan gabra. Pembangkang kerjanya memanglah untuk membangkang sebab nasibnya adalah sebagai pembangkang. Jika mahu merasakan tugas membangkang lepas pilihan raya ke-13 ini jadilah pembangkang.
No comments:
Post a Comment