IKLAN

Saturday, 16 June 2012

Sambutan Ceramah Pakatan Rakyat Menentukan Undi

Free blog ping
Pada 16 Jun 2012 pakatan rakyat telah mengadakan siri ceramah ditempat-tempat iaitu Sagil (Muar), Kulai, Kluang dan Semberong di Johor. Bagan Serai, Perak dan Bahau Negeri Sembilan.

Kesemua tempat ceramah pakatan rakyat mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Bas tidak disediakan, duit poket tidak diberi dan tiada T-Shirt percuma, mereka datang dengan kerelaan masing-masing untuk mendengar isu-isu semasa  yang tidak mungkin disiarkan oleh media-media penjialt Umno BN.  Kalau Mahathir dan Muhyiddin melihat kepada gambar-gambar sambutan perhimpunan tersebut akan tentu mereka berkata yang ramai datang adalah dibayar.
Johor dikenali sebagai lubuk kuat parti Umno.  Kehadiran ramai orang-orang di ceramah pakatan rakyat di Johor sudah tentu terdiri daripada  campuran orang-orang Umno dan penyokong pakatan rakyat.  Jika betul apa yang dikatakan maka Umno BN harus bersedia menerima perubahan, kerana rakyat Johor akan membuat perubahan. Ramainya sambutan di ceramah-ceramah pakatan semalan di Johor menunjukkan rakyat Johor tidak kisah berhubung dengan isu kemurkaan YM Sultan Johor terhadap Dato Seri Nizar.  Mereka menganggap ianya tidak mengganggu dalam mereka mahu membuat perubahan.
 
Sementara di Bagan Serai, Perak juga penuh sesak dengan orang ramai untuk mendengar ceramah dari Tuan Guru Nik Aziz serta Dato’ Seri Nizar.  Sebenarnya majlis di Bagan Serai ini adalah Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Perak dan di Sagil, Muar pula ialah Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Johor. Hampir 5,000 orang yang hadir.  Kalau Rais Yatim yang melaporkan angkanya sudah tentu 200 orang sahaja.
 
Kehadiran Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang di Bahau juga mendapat sambutan yang luar biasa.  Penduduk berbilang bangsa memenuhi khemah yang disediakan. Walau bagaimanapun yang ketara kehadiran masyarakat Cina melebih penduduk lain.
Jika dilihat daripada perkembangan ini, Nampak jelas rakyat di negara ini sememangnya telah bersedia untuk membuat perubahan untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang telus, jujur, adil dan tidak rasuah untuk mentaadbir negara ini.  Mereka sedar bahawa pemimpin-pemimpin yang ada sekarang tidak layak lagi diberi mandat untuk mentadbir negara Malaysia.  Berbagai skandal dan rasuah sedang dihadapi oleh pemimpin negara ini sungguh memalukan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.
Kehadiran mereka yang ramai di ceramah pakatan rakyat adalah cara untuk mereka menunjukkan bahawa mereka menyokong untuk perubahan. Tidak seperti anggapan Mahathir, ramainya orang di ceramah pakatan rakyta tidak menunjukkan jumlah undi dalam pilihan raya kelak.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. 

No comments:

Post a Comment