Selepas
berbicara banyak topik beberapa minggu, kita tenangkan minda dengan mendengar
sebuah lagu lama nyanyian Wahid Satay dalam filem Jula Juli Bintang 7 terbitan
Cathay Keris Production. Sungguhpun lagu
ini lagu jenaka, senikatanya seolah-olah menyindir kumpulan tertentu yang macam kayu
yang layak dijadikan kayu api.
Kayu wahai kayu-kayu
Engkau sudah layu
Sudah botak tidak berdaun
Bertahun-tahun
Kayu wahai kayu mati
Baik jadi kayu api
Boleh buat masak nasi
Emm em em
Saya potong kayu
Saya potong satu-satu
Ikat sama rotan
Boleh jual dalam pekan
Nanti dapat duit
Beli beras dalam sumpit
Makan kenyang-kenyang
Perut buncit hati senang
Kalau sudah makan otak terang
sihat badan
Esok cari lagi Ranting kayu kayu mati
Kayu macam macam kayu
Ada kayu jati
Kayu hidup kayu mati
Ada anak kayu, bapak kayu anak kayu
Ada ikan kayu, kuda kayu mata kayu
Tapi ada satu kayu
Batang kurus macam aku
Dulu makan candu
Kena sumpah jadi kayu
Daun tinggal satu dimakan ulat bulu
No comments:
Post a Comment