IKLAN

Wednesday, 6 June 2012

UMNO BN Akan Jatuh PRU Ke-13

Ping Blog
Tiada suatu kuasa di dunia ini kekal selain Allah kuasa abadi.  Begitu juga dengan sesebuah kerajaan yang bertahta di dunia ini seperti Barisan Nasional.  Jika di ambil contoh bagi luar negara seperti Mesir, Tunisia dan banyak lagi bakal jatuh.  Tetapi bukan cara kejatuhan “arab spring” yang dimaksudkan, kita mahu mengubah kerajaan adalah dengan acuan kita iaitu melalui satu pilihan raya yang bersih dan adil.


Rakyat sedang sabar menunggu dengan mengira tarikh ke satu tarikh  untuk  Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan. Samada Barisan Nasional menyambung pemerintahan bagi 5 tahun lagi atau rakyat Malaysia bakal mendapat sebuah kerajaan yang baru dari tiga gabungan parti politik dalam pakatan rakyat.


Penganalisa politik yang berpijak kepada bumi yang nyata mutakhir ini telah banyak membuat ramalan bahawa rakyat Malaysia akan mendapat kerajaan baru berdasarkan kepada senario  semasa.  Inilah perkara yang sangat-sangat ditakuti oleh pemimpin-pemimpin Umno/ Barisan Nasional.  Banyak kenyataan di kalangan pemimpin Umno terutama Tun Mahathir menggambarkan ketakutan tersebut, dan kenyataan-kenyataan  yang dikeluarkan semata-mata untuk penyedap hati. Lihat sahaaj kenyataan beliau yang mengatakan pembangkang akan melakukan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya.  Stadium Darul Aman yang penuh dalam Himpuan Hijau Ke Putrajaya tidak menggambarkan undi dalam pilihan raya, sebab mereka dibayar untuk hadir.  Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin  pula turut senada dengan Mahathir, himpunan Hijau penuhkan stadium kerana  dibayar.


Pemimpin Umno BN harus sedar jangan berkata ikut syuk sendiri.  Pihak pembangkang amat berpengalaman dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya.  Mana mungkin akan melakukan huru-hara.  Belum pernah dalam sejarah Malaysia, pembangkang kalah akan berlaku huru-hara. Pakatan Rakyat telah amat faham dan meramalkan  bahawa yang tidak dapat menerima keputusan rakyat jika kalah dalah dalam pilihan raya ialah  Umno BN.  Ini kerana mereka sudah lama mabuk kuasa. Umno BN akan melakukan huru-hara bukan pakatan rakyat sebagaimana yang dimaskudkan oleh Mahathir.   Sebab itu pakatan rakyat menuntut supaya senarai pengundi di “BERSIH” kan bagi satu pilihan raya yang bersih dan adil. Kalah dan menang itu soal lain.


Rais Yatim tiba-tiba meminta Datuk Seri Anwar berpolitik secara “gentlemen” dalam menghadapi pilihan raya. Apa yang telah Anwar lakukan sehingga Rais minta Anwar "gentlement”? Bolehkah Rais beri jawapan siapakah yang mengganggu ceramah atau majlis yang diadakan oleh pakatan rakyat?. Umno BN yang harus gentlemen, jangan jadi budak-budak hingusan membuat sesuatu tanpa guna otak. Baru-baru ini Rais cuba untuk menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak menyekat media dengan mengatakan bahawa parti-parti politik boleh mengeluarkan ‘manifesto‘ parti dalam TV Malaysia. Poordah.  Adalah lebih baik Umno teruskaan usaha kemungkaran menabur fitnah peringkat nasional terhadap pembangkang kerana rakyat belum puas mendeganr fitnah-fitnah terkini terhadap pembangkang. Rakyat amat sedar dan berpengetahuan.  Rakyat kini sentiasa beriman kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Rakyat tidak lagi terpengaruh dengan momokan yang menyatakan Hidupku, Matiku kerana Umno tetapi sebaliknya kerana Allah SWT.


Rakyat telah Nampak terutama dikalangan marhein Umno bahawa pemimpin Umno telah memperkudakan mereka selama 54 tahun untuk kekal berkuasa. Mereka kini  tidak bereksperimen dalam memilih pakatan rakyat untuk memerintah bumi yang tidak bersalah ini.

No comments:

Post a Comment