IKLAN

Monday, 4 June 2012

Kahadiran Ramai Peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya Kerana Mereka Dibayar

BlogPingTool.com
Sambutan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Setar amat menakjubkan.  Angka-angka yang dikeluarkan ada yang mengatakan kehadiran berjumnlah 50,000, Surat khabar berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir menakala pihak penganjur pula menganggarkan jumlah kehadiran mencecah seramai 150,000 orang termasuk yang tidak dapat mamasuki berada di luar stadium.



Dalam kesibokan orang memperkatakan kehebatan sambutan yang diterima tiba-tiba terdengar suara sumbang dari  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan peserta Himpunan Hijau anjuran PAS yang memenuhi stadium mungkin dibayar supaya hadir.  Menurut Muhyiddin tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menunjukkan Pas mendapat sokongan di Kedah walhal sokongan terhadap parti Pas di Kedah telah menurun.

Semalam (4 Jun) muncul pula suara Tun Dr Mahathir yang mengungkapkan bahawa peserta Himpunan Hijau dibayar untuk menghadirinya. Tun Mahathir juga  menambah peserta yang ramai tersebut tidak akan diterjemahkan kepada kertas undi, ini kerana mereka di bayar.  Menurut Mahathir dengan sinis berkata bahawa beliau pernah berceramah di hadapan tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu memenangi dalam pilihan raya.  Tujuan Pas berbuat demikian adalah untuk menandingin perhimpunan Umno di Bukit Jalil pada 11 Mei yang lalu.



Inilah kata-kata dari dua orang pemimpin Umno yang berkata semata-mata untuk menyedapkan hati mereka. Sikap cemburu dan angkuh jelas terpancar pada mereka berdua. Mereka ingin menyamakan  perbuatan  Umno dengan Pas. Mahathir dan Muhyiddin amat faham untuk meramaikan majlis Umno atau penuhkan stadium mesti keluarkan modal, beri T Shirt warna merah percuma, wang saku dan bas free baru boleh nampak ramai dan gah. Di keluarkan arahan dan paksaan kepada anggota kerajaan seperti guru, murid sekolah bagi meramaikan majlis.  


Lihat sahaja majlis Najib di Kuantan tidak mendapat sambutan langsung selain disertai oleh peserta PLKN. Hancur. Ini berkemungkinan tiada sebarang bayaran, maka orang tidak berminat.

Amat berbeza dengan himpunan yang diadakan oleh Pas.  Pas parti miskin setiap kali diadakan ceramah mereka hulurkan tabung bagi mendapatkan  derma.  T Shirt hijau yang dipakai oleh peserta adalah dibeli sendiri dengan duit mereka.  Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan masing-masing, jika kelihatan bas-bas rombongan, bas tersebut mereka sama-sama menyewanya.



Mahathir dengan angkuh mengatakan, pernah ceramah  beliau yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi beliau masih menang dalam pilihan raya.  Mahathir harus ingat di waktu itu masyarakat buta dan sentiasa disogokan berita ena-enak oleh akhbar penjilat.  Sekarang Mahathir sendiri membuatkan rakyat menjadi celik melalui IT yang diperkenalkan. Dulu kemungkaran pemimpin Umno BN tidak begitu di endahkan, sekarang 55 tahun BN berkuasa rakyat tidak akan mebiarkan kuasa BN disambung lagi.  Mereka mahu berubah.  Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah satu cara atau singal  kepada Umno BN, masa telah sampai suka atau tidak suka rakyat akan buat pilihan untuk berubah. Masih ingat lagi kata-kata Mahathir sendiri semasa di pentas PWTC semasa penggulungan ucapan perhimpunan Umno seterusnya mengumumkan untuk  beliau meletakkan jawatan “Saya dah lama buat keputusan...dah lama dah..."

Rakyat juga sudah lama buat keputusan untuk berubah dan tidak akan membenarkan lagi Umno BN meneruskan kekuasaan mereka untuk memerintah bumi Malaysia. 

Amin.


No comments:

Post a Comment