IKLAN

Monday, 11 June 2012

Muhyiddin: Cabaran Menguruskan Persepsi Negatif Terhadap BN

Blog Ping Tool
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Syabas kepada Muhyiddin kerana mahu berterus-terang mengakui masalah yang dihadapai oleh parti-parti komponen dalam BN.  Sungguhpun begitu Muhyiddin terus menyalahkan pembangkang penyebab kepada keadaan tersebut dengan menuduh pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat.  Muhyiddin menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN.  


Janganlah mempersalahkan pembangkang, tidak serik-serik untuk mendapat malu pada diri sendiri. Sebenarnya isu-isu yang membebankan Umno BN kini adalah disebabkan banyaknya kemungkaran yang dilakukan oleh Umno BN sendiri dimana selama 55 tahun telah menjadi satu amalan perjuangan. Ianya bukanlah satu perkara yang direka-reka atau satu fitnah yang biasa dibuat oleh Umno BN terhadap pembangkang.  Lepas satu balak, balak lain pula  menimpa Umno BN. Isu terbaru mengenai pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel dan Kuis di Selangor.  Sama saja, Menteri Pendidikan Tinggi yang membekukannya kemudian disokong pula oleh Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri. Kerana tersedar kesilapan untuk membalas dendam, ditarik balik pembekuan tersebut. Inilah isu yang ditempah sendiri oleh Umno dan bukan disebabkan  fitnah pembangkang.

Apalah guna media yang dimiliki oleh Umno BN sehinggakan untuk ‘counter’ semula  pembangkang tidak berjaya dilakukan. Menghabiskan beras saja. Dari kenyataan Muhyiddin jelaslah rupanya selama ini Umno menggunakan orang tengah  bagi pihak Umno untuk menerangkan kepada rakyat.   "Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat", kata Muhyiddin.  Maksudnya selama ini Umno memang menggunakan orang tengah, siapa dia? Sudah tentulah Ibrahim Perkasa, Hassan Jati, Ezam Mohd Noor, Ummi Halfida dan lain-lain Ngo yang serupa dengannya. Kini barulah jelas.


Jika mahukan sokongan rakyat, jangan menipu dan memfitnah. Jangan mencari dosa. Kini selepas   beri BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bercadang pula untuk beri lagi BR1M. Kata Najib, "sedang piqia". Rakyat akan mengingati Umno BN semasa BR1M diberi kepada mereka, selepas menerimanya jangan harap sokongan akan bertambah. Buatlah apa yang patut Muhyiddin.  Gunakanlah  wang pembayar  cukai seperti wang dari kantong sendiri, sementara ada kuasa.

No comments:

Post a Comment