IKLAN

Friday, 1 June 2012

Shabery Cheek: Minta Maaf Persembahan Artis K-Pop Kurang Sopan

Free blog ping
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf di atas persembahan artis K-Pop dari Korea yang menyinggung perasaan mana-mana pihak semasa Himpunan Belia Negara di Putrajaya. Ini berikutan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pakaian. Shabery Cheek dilapor berjanji bahawa pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

Sebenarnya program ini telah dirancang lebih awal lagi antara 500 acara dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 tersebut.  Program K-Pop ini tujuannya adalah untuk menarik anak-anak muda lebih ramai lagi berkunjung ke Putrajaya bagi mendapatkan angka 2 juta pengunjung dan diisytiharkan sebagai antara 10 acara himpunan terbesar  di dunia. Umno cukup faham jika tidak diadakan acara tayangan punggung dan pakaian terdedah, anak-anak muda tidak berminat untuk berkunjung ke Putrajaya. Itu pun dikatakan sambutan mencapai sasaran 2 juta orang yang berkunjung. Mungkin angka ini diperolehi daripada Rais Yatim dengan kerjasama Bernama.

Dua kumpulan K-Pop dari Korea ini menerima bayaran  berjumlah RM2.04 juta dan berbanding artis-artis tempatan Malaysia di bayar hanya RM1.8 juta.  Ahmad Shabery mengakui sejumlah RM20 juta telah dibelanjakan dalam sambutan Himpunan Belia Negara 2012.  Dari dokumen yang disiarkan di internet perbelanjaan Himpunan Belia 2012 oleh syarikat StadiumFirst angkanya mencapai RM15 juta.

Dari gambar-gambar disiarkan di internet, Najib juga dilihat puas hati dan terhibur dengan kumpulan K-Pop di pentas dan beliau sempat bersalaman dengan artis-artis tersebut. Usahlah hendak berdalih dengan mengatakan bagi sambutan belia akan datang “beberapa acara perlu dilihat kembali”.

Inilah sebenarnya rakyat ingin tahu, perbelanjaan sebesar RM20 juta adalah satu pembaziran. Jika wang sebanyak itu dibelanjakan untuk perumahan  sudah tentu rakyat dapat merasakan tempat tinggal yang selesa.


No comments:

Post a Comment