IKLAN

Monday, 25 June 2012

Bercinta 11 Tahun Malam Pertama Tidur Atas Lantai

Ping Blog
Beralih sebentar ke kisah masyarakat yang jauh dari politik.  Kisah anak muda bercinta sebelas tahun selepas 7 bulan berkahwin bercerai. Ini ceritanya.



Pada 21 June 2012 lapang dadanya serta fikirannya,  Jantan (bukan nama sebenar) melepaskan isterinya dan kekasihnya yang dikenali selama 11 tahun bercinta.  Dari zaman persekolahan menengah sehingga sama munuggu kakasihnya menghabiskan belajar di menara gading. Jantan tak habis belajar dan terus bekerja. Selepas tamat kekasihnya belajar dan bekerja selama dua tahun mereka berkahwin mengambil tarikh keramat 11.11.11 (11 November 2011).



Selepas berkahwin seminggu (gambar hiasan) menantu perempuan  tidak datang menjenguk ibu mertua sebagaimana kebiasaan orang yang baru berkahwin. Selepas dua minggu isterinya datang ke rumah suaminya menjenguk.  Jenguknya macam orang singgah menumpang tandas sahaja. Tidak sampai setengah jam bergegas keluar pulang ke rumah ibunya.  Kawin sekampung.

Selepas perkhawinan Jantan dan isterinya Dinda, mereka  tidak tinggal serumah walaupun jarak tempat pekerjaan masing-masing dalam 20 kilometer sahaja.  Mereka berdua masih duduk sebagaimana mereka bujang dahulu.  Jantan selepas sebulan berkhawin menalipon Dinda, telefon berdering tetapi tidak berjawab. SMS kalau boleh dikatakan berbuih sudah berbuih tidak dibalas.



Selapas dua bulan Jantan pulang ke kampong berseorangan, tidak nampak kelibat Dinda. Jadi tandatanya di muka ibunya.  Tapi perpatah ada menyebut sekilas ikan di air, dapat diteka jantan betinanya.  Ibunya tidak bertanya pun, tiba-tiba jantan bersuara “Atan ada masalah mak”. Jantan terus bercerita keadaan sebenarnya. “Atan gaduh dengan Dinda.  Pada malam pertama Atan tidur di bawah tidak tidur di atas katil”. Celah ibunya “Apa pasal”.   Jantan terus bercerita” Puncanya hanya bercerita tentang masa lalu sahaja menyebabkan Dinda menjadi baran”.  Ibunya tiba-tiba bersuara “ Jadi engkau dengan Dinda belum…”.  Jantan tidak menjawab.


Dari bulan Disember 2011 sehingga klimaknya bulan Mei 2012, Jantan dan Dinda berperang SMS. Tiap kali SMS dihantar Dinda akan meminta Jantan melepaskannya. Jantan pula  akan menelefon ibunya dan tiap kali bercakap ia akan meraung memikirkan apa yang dialaminya.  Jantan telah meminta pendapat ibu dan bapanya.  Cuba-cuba juga berjumpa ustaz, biasalah tu, tapi tiada perubahan sedikit pun.  Dinda tetap dengan azamnya supaya dia diceraikan. Sebagai Ibu dan bapa tentu tidak merelakan anaknya bercerai-berai, diminta anaknya memikirkan yang terbaik. Dinda bagaikan tiada perkataan lain untuk dipilih melainkan perkataan “cerai”.


Pada seminggu sebelum 21 Jun, Jantan terperanjat menerima surat daripada Mahakamh Syarie yang meminta beliau hadir kerana isterinya Dinda telah memfailkan tuntutan cerai.  Jantan tidak dapat menahan sebak didadanya, kerana tidak tertahan beliau kerap meraung ketika menelefon ibunya.  Apa yang harus dikatakan melainkan “kalau dia hendak lepaskanlah, jangan jadi dayus”.


Pada 21 Jun 2012 hadir di mahkamah hanya mereka berdua.  Mereka masuk dikamar hakim. Mereka telah diminta keluar supaya berfikir semula untuk tujuan  perceraian tersebut. Apabila dipanggil ke kamar Dinda tetap dengan keputusannya.  Maka diputuskan mereka sah bercerai di depan  hakim.  Meraung lagi Jantan.



Selepas bercerai dua hari, Jantan menerima panggilan telefon tertera nombor yang tidak dikenali.  Rupa-rupanya panggilan dari Dinda  menggunakan public phone, tujuannya hanya bertanya kabar.  Dua hari kemudian telefon lagi.  Sebab apa agaknya selepas bercerai galak pula telefon.



Apa yang dinukilkan di atas adalah merupakah cerita benar yang berlaku dalam masyarkat kita.  Bercinta 11 tahun bagai nak rak, pada malam pertama tidak dapat merasakan tilam empuk tetapi sakit pinggang kerana tidur di atas simen beralaskan karpet nipis. Nasib badan kesian Jantan.
   

Jantan masih dalam kesedihan.  Ibunya juga sedih namun ada dibisikan ke telingan Jantan “Bunga tak sekuntum nak, carilah lain”.  Jantan menjawab "Atan tak ada duit lagi mak”.  Dengan lembut ibunya berkata "Hai kau kawin dulu bapak kau yang keluar belanja”.  Terdiam Jantan.

No comments:

Post a Comment