Pemimpin-pemimpin Umno BN
sekarang dihinggapi banyak virus. Makin
lama makin jelas virus yang dihidapi mereka. Sudah lama kebanyakan pemimpin Umno BN dihinggapi virus “DIAM” dan kini
satu jenis virus baru muncul iaitu “no
komen”.
Selama ini tidak seorang
dari kalangan pemimpin Umno BN yang bercakap berhubung dengan skandal kapal selam
scorpene dan pembunuhan jurubahasa dari
Mongolia Altantuya. Semuanya senyap dan
DIAM. Terbaru timbul pula virus “no
komen” yang berjangkit kepada Timbalan Perdana Menteri apabila diminta
memberi pandangan terhadap siasatan Mahkamah Perancis berhubung urusniaga
pembelian kapal selam Scorpene, jawapannya “no komen".
Sebenarnya
virus “no komen” ini buat pertama
kalinya berjangkit kepada diri Najib dalam satu sidang media pada 22 April lalu.
Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di Mahkamah Perancis
memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suara Rakyat Malaysia
(Suaram) ke mahkamah itu. Beliau juga diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan adanya bayaran
kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian Scorpene.
Najib memberi jawapan “Saya tak mahu komen… Saya tak perlu komen,
terima kasih". Tidak sampai sepuluh minit sidang media tersebut ditamatkan.
Semua
orang faham virus DIAM dan virus NO KOMEN
adalah satu virus baik (umpama good cholesterol) yang harus ada pada mereka.
Ini adalah sebagai penyelamat. Lebih-lebih lagi pilihan raya
umum akan diadakan pada bila-bila masa saja. Kalau BISING atau KOMEN nampaknya kecundanglah kerana nama tidak termasuklah dalam
senarai calon boleh menang.
Lihat
sahaja Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bersilat, bertaici dan berkuntau membuat penafian bahawa
dokumen rahsia Tentera Laut DiRaja Malaysia berhubung dengan kedua-dua kapal
selam Scorpene dijual kepada syarikat pertanahan Perancis adalah tidak benar.
Virus DIAM, NO KOMEN dan NAFI sama saja, semuanya adalah senjata untuk menyelamatkan diri dari kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN.
No comments:
Post a Comment