Semakin
menghampiri hari pengundian, pemimpin-pemimpin Umno bila bercakap umpama tidak
menggunakan otak. Begitulah yang ditunjukkan oleh perdana menteri 1Malaysia,
Datuk Seri Najib dalam satu kenyataannya ‘kurangkan harga minyak orang kaya
untung”. Jelas sungguh apa yang
dislogankan oleh Najib dalam 1Malaysia rakyat didahulukan hanyalah retorik. Katanya “kita kurangkan harga minyak siapa
yang untung?. Orang kaya yang berkereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung”.
Jelas
sangat Najib hendak memperbodoh dan menipu rakyat. Kini rakyat sudah celik dan tidak akan tertipu dengan
pemimpin-pemimpin yang ada. Mereka juga
sudah tahu siapakah sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno kini yang mahu mengekalkan
kuasa sanggup memperbodohkan rakyat.
Masih
mahukah kita mengekalkan pemimpin-pemimpin sebegini?. Ingatlah selama 55 tahun orang Melayu telah
diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Kali
ini jangan kita diperbodohkan lagi. Cukuplah.
No comments:
Post a Comment