IKLAN

Sunday 14 April 2013

UNDILAH PAKATAN RAKYAT UNTUK PERUBAHAN DALAM PILIHAN RAYA KE-13


Parlimen telah pun dibubarkan oleh perdana menteri  1Malaysia, Datuk Seri Najib pada 3 April, 2013.  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan tarikh penamaan  calon iaitu pada 20 April dan tarikh pengundian pada  5 Mei 2013.  Pada 30 April ialah tarikh pengundian awal.

Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini dengan menggunapakai daftar pemilih  induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012. Pilihan raya umum ke 13, 2013 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). (klik)

Bagi pakatan rakyat pembubaran parlimen amat ditunggu-tunggu dan ianya umpama penambah semangat bagi menggembeleng tenaga menggerakkan jentera ketiga-tiga parti komponen PKR, PAS dan DAP untuk memperolehi kemenangan untuk rakyat ke Putrajaya.

Mengambil kira kepada sambutan kepada cerama-ceramah yang diadakan, ianya bukanlah sambutan hanya sekadar untuk mendengar kelentong kosong (itu kata pencacai dan pemimpin Umno) pemimpin-pemimpin pakatan rakyat tetapi mereka benar-benar inginkan perubahan untuk generasi akan datang.  Mereka akan menunjukkan kehadiran ramai di ceramah pakatan rakyat akan diterjemahkan dalam bentuk undi.

Najib, Muhyiddin dan Mahathir tidak sudah-sudah melaungkan ‘jangan berekspirimen menukar kerajaaan, belum tentu kerajaan yang baru memberi kebaikan”. Kemudian Hassan Ali pula berfatwa “Wajib mengundi BN”. Inilah racun yang ditabur oleh pemimpin-pemimpin Umno bagi menakut-nakutkan orang Malayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa mereka.  Apa yang menyedihkan pemimpin-pemimpin Umno menuntut ucapan ‘terima kasih’ diberikan kepada mereka. Ini yang peliknya, sepatutnya merekalah yang harus berterima kasih kepada rakyat kerana memilih mereka (tidak tahu diuntung).  Kita lihat sahaja gelagat bapak syaitan yang dikenali, Tun Mahathir yang akhir-akhir ini telah berikrar berkempen untuk Umno Barisan Nasional.  Kita faham kempen Mahathir lebih kepada agenda untuk menaikkan anaknya Mukhriz yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar, Kedah.  Kesian Mahathir, kerana hendak menarik perhatian Najib maka dicadangkan supaya buku Biografi Rosmah diedarkan ke sekolah-sekolah.

Pakatan rakyat benar-benar sudah bersedia.  Sehingga kini senarai calon-calon bagi ketiga-tiga parti gabungan telah diisytiharkan oleh pemimpin-pemimpin parti. Bagi Barisan Nasional pula belum satu pun nama-nama calon diumumkan.  Najib menghadapi masalah untuk mengumumkan senarai calon lebih-lebih lagi calon-calon yang akan dipilih adalah calon boleh menang yang akan menolak ke tepi ketua-ketua Bahagian dan Cawangan yang telah lama bersetia dengan membawa masuk pakar akedemi, tenaga profesional dan ketua-ketua masyarakat. Sebab itu Najib kata “merajuk biarlah dalam tempoh 24 jam saja kepada yang tidak tersenarai sebagai calon”.  Inilah bom jangka bagi Najib, apabila senarai calon diumumkan maka akan kedengaran suara-suara ketidakpuasan. Impilkasinya khianat atau sabotaj akan mengambil tempat seterusnya akan mengakibatkan jentera pilihan raya dan bilik gerakan akan menjadi malap dan terus bergelap tidak berapi. Tunggu dan lihat.

Ramalan-ramalan kerusi yang dimenangi oleh pakatan tidak disenangi oleh Umno BN.  Lim Kit Siang meramalkan 7 negeri akan jatuh kepada pakatan rakyat sementara Dr Hatta Ramli pula meramalkan 9 buah negeri.   Semalam Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa pakatan rakyat akan memenangi 215 kerusi parlimen. Menurut Khalid angka ini diperolehi dari kajian badan yang tidak berkepentingan.  Ini yang membuatkan Umno BN bertambah-tambah marah.

Walau apa pun kepada yang ingin membuat perubahan dan telah bertekad untuk melakukannya, janganlah berganjak  daripada keputusan yang telah dibuat. Kepalkanlah keputusan tersebut pada hari pengundian pada 30 April dan juga 5 Mei 2013.  Mari sama-sama berubah. Belum cuba belum tahu. Ini bukan ekspirimen.  Barisan Nasional telah diberi 55 tahun mentadbir negara Malaysia dan kini tanpa rasa malu Najib mahu minta diberi peluang sekali lagi. Pedulikan.


No comments:

Post a Comment