IKLAN

Thursday 25 April 2013

MUHYIDDIN KATA KEHADIRAN RAMAI DI CERAMAH PAKATAN RAKYAT TIDAK SEMESTINYA MEREKA MENYOKONG.

www.blogpingtool.com
Timbalan Presiden Umno BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran ramai di ceramah pakatan rakyat  tidak bermakna mereka menyokong pakatan rakyat.  Beliau dengar ramai orang datang untuk menyaksikan ceramah pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim, mereka hanya mahu melihat sahaja sama ada mereka menyokong atau tidak, tidak diketahui. 

Muhyiddin berkata majlis BN juga pernah mendapat sambutan 30,000 hingga ke 50,000 orang. Itu betullah Muhyiddin, kalau datang disediakan bas dan diberi T-Shirt dan dicampakkan kampit beras dari atas lori untuk mereka berebut-rebut mengambilnya, penuhlah majlis. Akhirnya bukan datang hendak dengar ceramah tapi hendak tunggu kampit beras.

Itulah dia seorang bekas perdana menteri yang juga seorang penipu kerana hendak menyedapkan hati beliau sendiri beliau mengeluarkan perkataan tersebut.  Sebagai mengulas kata-kata Muhyiddin tersebut Anwar Ibrahim berkata “inilah sikap Timbalan Perdana Menteri Umno yang tidak dapat menerima kehendak rakyat, mementingkan diri sendiri.  Bercakap tanpa berfikir. Apa yang hendak diberitahu ialah, kehadiran yang kecil MENYOKONG, kehadiran ramai tidak menyokong. Bolehlah beliau tanya kanak-kanak dan dapat jawapannya”.

Diakhir-akhir menjelang pilihan raya ke-13, hampir semua pentas kempen pakatan rakyat disambut tidak kurang daripada 10,000 pada satu-satu masa. Datang dengan rela hati tidak mengira cuaca panas atau hujan.  Mengapa perlu mereka membuang masa untuk melihat sahaja.  Sudah tentu mereka mahu mendengar dan juga bersama-sama pakatan rakyat UBAH dan INI KALILAH.

Biarlah Muhyiddin terjun dengan labu-labunya.

No comments:

Post a Comment