IKLAN

Wednesday 24 April 2013

RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI PKR SELALU KASI SUSAH BARISAN NASIONAL

http://www.blogpingtool.com
Bakal Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, iaitu Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah banyak memberi susah kepada bekas parti pemerintah Barisan Nasional. Banyak kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh Umno BN telah ditelanjangkan oleh Rafizi.

Lama sebelum ini berikutan Laporan Ketua Audit Negara, saudara Rafizi telah membongkar skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki oleh  Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami kepada Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil) dan anak-anaknya yang telah mendapat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan Barisan Nasional. Kebanyakan wang yang digunakan bukan kepada perniagaan lembu tetapi digunakan untuk tanaman modal (investment) iaitu membeli:

Dua unit kondominiam One Menerong Bangsar 
RM13.800,000,

Sebuah Mercedes Benz CLS 350 CGI  RM534,622,

Dua plot tanah di Presint 10, Putrajaya RM3.363,507,

Satu unit kondominiam Orchard Scotts  (Singapura) 
RM9.900,000,

Dua unit kondominiam Marina Bay Suites (Singapura)        RM34.562,784.
Akhirnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dituduh di Mahkamah di atas kesalahan pecah amanah. Natijah daripada kes inilah maka  Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meletakkan jawatan sebagai menteri pembangunan wanita.

Selepas itu  pada Februari 2013 parti pakatan rakyat telah mengeluarkan manifesto untuk pilihan raya ke-13. Antara yang terkandung ialah menurunkan harga kereta bagi membolehkan  rakyat mampu memiliki kenderaan  dengan  cara meneliti semula sektor cukai eksais.  Ini dianggap oleh Barisan Nasional akan membangkrapkan negara.  Tiba-tiba Barisan Nasional pula terkena sampok pula dengan mengikuti langkah pakatan rakyat untuk menurunkan harga kereta yang dikatakan negara akan bangkrap (klik). 

Rafizi juga telah membuatkan Barisan Nasional mendapat malu dengan menyatakan 14% manifesto BN adalah idea baru dan selebihnya adalah meniru manifesto pakatan rakyat. Ada diantaranya Barisan Nasional meniru secara terus dan ada hanya menukarkan beberapa sektor ayat sahaja (klik).

Pada 23 April 2013 Rafizi dalam blognya telah membuat kenyataan bahawa Dato’ Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd. (klik)

Rafizi mempertikaikan perkara ini dan ini harus diperjelaskan oleh Dato’ Tajuddin:

Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd     miliknya?.

Kenapa projek ini tidak diberikan terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?

Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?

Belum pun bertukar hari Rafizi sekali lagi dalam blognya mengeluarkan maklumat yang amat memeranjatkan rakyat Malaysia iaitu berhubung dengan  1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.  Ini adalah mengenai ulasan akhbar The Edge diatas Laporan 1MDB yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Rafizi mahu Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab segera berhubung dengan pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini  kerana Najib  berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB (klik). 

Banyak sangat salahlaku, ketirisan, rasuah dan tiada ketelusan dalam pemerintahan Barisan Nasional terutama akhir-akhir ini di bawah pentadbiran pedana menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib.  Adakah kita masih mahu  mengekalkan tikus-tikus yang membaiki labu ini?.  Tukar lebih baik daripada memberi peluang sekali lagi kepada mereka. 

Dulu Najib kata You Help Me, I Help  You. Sekarang ini untuk mendapatkan simpati  diubah pula berbunyi “HELP ME IF YOU LOVE ME”.

No comments:

Post a Comment