Berbalik
kepada sarapan pagi di restoran.
Memandangkan sudah tahu latar belakang pegangan parti politik mereka (BN
apa lagi), saya juga kena ikut rentak mereka untuk tidak mahu tercetus apa-apa
konflik sesama kariah. Pagi ini sedkit
berlainan Sarjan Mejer datang lambat sedikit jadi terpaksa duduk dilain
meja. Saya duduk dengan seorang kawan
lama dan seorang kawan yang baru diperkenalkan kepada saya seorang Jurutera JKR yang baru bersara dua tahun. Saya
dapati beliau memegang kemas akhbar Utusan Malaysia. Tandanya jelas. Antara perbualan yang timbul beliau
mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan slogan 1Malaysia. Ini kerana katanya ia terkandung taraf kesamarataan rakyat
Malaysia. Mendengar itu saya mencelah apa guna bernegara Malaysia, bukankah
perpaduan itu penting. Bukankah dalam
perlembagaan hak keistimewaan Melayu, Agama dan kesultanan terpelihara?.
Jawabnya “dia orang boleh ubah”. Saya
terus memprovok beliau dengan mengatakan kerajaan BN telah terlalu lama
berkuasa mereka haruslah ditukar. Kalau tidak mereka tidak sedar dan mereka rasa mereka saja
yang boleh mentadbir negara sehingga lupa kuasa Allah. Beberapa ketika Jurutera pencen mohon diri.
Rupa-rupanya orang-orang seperti Jurutera ini masih ramai lagi.
Amat
berbeza sungguh antara Jurutera JKR pencen, Sarjan Mejar pencen dengan taukey
hardware yang sanggup meninggalkan MCA yang berpresidenkan pelakon porno berbanding
mereka yang dulu, kini dan selamnya masih mahu lagi membela pemimpin yang
sungguh banyak terpalit dengan rasuah, salahguna kuasa dan skandal.
No comments:
Post a Comment