IKLAN

Thursday 11 April 2013

PEGAWAI AWAM PUTRAJAYA JANGAN TAKUT UNDI PAKATAN

www.hgpromo.org
Maka bersuaralah Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agong Umno bahawa beliau yakin dua pertiga pengundi Putrajaya menolak calon pakatan rakyat (PAS) Datuk Husam Musa yang akan bertanding di Putrajaya pada pilihan raya umum 5 Mei 2013 akan datang.

Tengku Adnan adalah penyandang bagi kerusi Putrajaya.  Beliau memenangi dalam pilihan raya ke 12 pada 2008 berlawan dengan calon PAS, Mohamad Noor Bin Mohamad dengan mendapat undi 4038 sementara PAS mendapat 1304 undi.  Inilah pertama kali Putrajaya dimasukkan sebagai satu kerusi parlimen dalam pilihan raya 2008.
Kita tidak tahu berdasarkan kepada sumber manakah Tengku Adnan dapat membuat kesimpulan bahawa Husam akan  ditolak oleh  dua pertiga pengundi Putrajaya. Tengku Adnan menganggap beliau adalah dikenali oleh penududk tempatan dan  telah berada di kawasan tersebut sejak 1990 lagi.  Bagi tanjaktinggi, Tengku Adnan kena faham, senario 2008 adalah berbeza dengan keadaan sekarang. Perubahan yang dikehandaki rakyat bukanlah hanya kawasan tertentu tetapi menyeluruh.  Pegawai kerajaan di kawasan mengundi Putrajaya pada 2008 tidak begitu sensitif apakah yang dikehandaki oleh rakyat.  Kini mereka benar-benar sedar bahawa mereka juga harus mengikut kehendak keluarga mereka, kerabat mereka, karia mereka yang mahukan perubahan.  Mereka (pegawai kerajaan) yang berada di dalam pentadbiran negara telah dapat melihat bagaimana harta dari khazanah negara dirompak dan  di belanjakan sesuka hati oleh kerajaan Najib. Apakah penyelesaiannya tidak lain dan tidak bukan adalah mengubah kerajaan. Kerajaan yang ada sekarang harus ditukar.

Pada 2008 pegawai kerajaan di Putrajaya adalah pegawai-pegawai yang penakut dan bebal.  Mengapa saya kata demikian?.  Selepas keputusan pilihan raya 2008, saya ada bertanya beberapa orang pegawai kerajaan mengapakah diberi kemenangan kepada Tengku Adnan?. Ada yang menjawab begitu tidak bijak, mereka takut akan dihalau keluar dari kuarters Putrajaya. Inilah yang dimaksudkan sebagai bebal. Kini mereka mahukan perubahan itu. 

Kita tidak tahu untuk pilihan raya kali ini adakah Tengku Adnan akan dicalonkan atau digugurkan.  Adakah beliau masih di Putrajaya atau dengan kedatangan Husam Musa beliau akan mencari talian hayat bertukar tempat.  Kita tunggu dan lihat apabila Najib mengumumkan calon-calon Barisan Nasional kelak.

No comments:

Post a Comment