IKLAN

Monday 1 April 2013

SAMA-SAMA TUNGGU PARLIMEN DIBUBAR OLEH NAJIB SECARA AUTOMATIK

www.hgpromo.org
Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi Negeri  Sembilan secara automatiknya telah terbubar pada tengah malam Rabu 27 Mac 2013. Pada 27 Mac, 2008  seramai 36 ahli DUN (ADUN) mengangkat sumpah selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan Negeri Sembilan sebagai negeri di bawah kekuasaannya.

Selepas daripada ini satu persatu DUN negeri-negeri akan secara automatik terbubar umpama ‘domino’ selagi parlimen Malaysia tidak dibubarkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib.  Nampaknya parlimen Malaysia juga tidak akan dibubarkan oleh Najib, beliau juga berkemungkinan akan membiarkan mandat 5  tahun hingga santak ke dinding dan secara automatiknya juga terbubar pada akhir April 2013 ini.

Sehingga kini ramai yang beremosi dan berbagai gelaran dan panggilan diberikan kepada Najib.  Ada mengatakan Najib tidak yakin prestasi Barisan Nasional (BN), ada yang mengatakan sesuatu akan dilakukan oleh BN dan yang tak sedap didengar ada yang menggelarkan Najib tak ada ‘telur’ atau penakut.

Kita tidak tahu apakah muslihat Najib melakukan demikian.  Banyak perkara dan perancangan tidak dapat dilakukan terutama kepada usahawan-usahawan, penggemar kepada pelancungan yang terganggu dari segi membuat tempahan tikit penerbangan dan sebagainya. Mereka berharap sangat untuk mengetahui pengumuman tarikh pilihan raya agar perancangan mereka dapat dilaksanakan.

Pihak pakatan rakyat tidak risau sangat berhubung perkara ini.  Mereka sudah lama bersedia hanya menunggu tarikh pilihan raya sahaja.  Sehari dua ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  Barisan Nasional telah mula menaikkan sepanduk dan poster-poster besar berlatarbelakang gambar Najib dengan transformasinya serta pondok-pondok gerakan yang diperbuat daripada kontena didirikan. Tanda pembubaran parlimen sudah pasti tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun sama-sama kita tunggu.  Tidak payahlah cuba-cuba meramalkan apa-apa tarikh sebab Najib sekarang sedang menjadi ketua angkatan perang tanpa askar.  Kita tunggu.

No comments:

Post a Comment