Kira-kira
dua minggu lepas heboh berita yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Mohammad Mohd Taib akan menyertai parti PAS. Di katakan juga perkara ini akan diumumkan pada 22 April 2013 di
hadapan presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Ikut sama menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Timbalan Mursyidul Am,
Dr Haron Din, dan dua naib presiden Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.
Hari
ini Isnin 22 April, 2013 sebagaimana yang ditunggu-tunggu Tan Sri Mohammad Mohd
Taib telah mengisytiharkan serta menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang. Tan Sri juga telah
memaklumkan bahawa pagi ini beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Agong
Umno, Tengku Adnan Mansor berhubung dengan keputusannya bersekali dengan sepucuk
surat bertarikh hari ini kepada presiden Umno, Datuk Seri Najib.
Begitulah
tindakan yang diambil oleh Tan Sri.
Beliau menyertai PAS bukan untuk menjadi calon atau mahu memegang
apa-apa jawatan. Beliau yang memegang jawatan menteri besar selama 11 tahun sehingga 1997, akhir-akhir ini
banyak menghabiskan sisa hidupnya di masjid dan mendalami pengetahuan
agama. Begitulah duduk perkara, sekiranya seseorang
itu dikurniakan hidayah oleh Allah SWT tiada seorang pun boleh menghalangnya.
Tan Sri juga berjanji akan menyertai dan memberi ceramah-ceramah di pentas PAS. Semoga keikhlasan Tan Sri ini akan bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat PKR dan DAP dan akan memudahkan pakatan menuju ke Putrajaya. Amin.
Tan Sri juga berjanji akan menyertai dan memberi ceramah-ceramah di pentas PAS. Semoga keikhlasan Tan Sri ini akan bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat PKR dan DAP dan akan memudahkan pakatan menuju ke Putrajaya. Amin.
No comments:
Post a Comment