IKLAN

Sunday 28 April 2013

NAJIB TAK SETUJU KEPUTUSAN KAJIAN UMCEDEL BAHAWA ANWAR LEBIH DIPERCAYAI MEJADI PERDANA MENTERI

www.blogpingtool.com

 Bekas perdana menteri 1 Malaysia, Datuk Seri Najib mempertikaikan kajian dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan 43% orang Malaysia yang ditemubual antara April 3 - 20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk negara) percaya kepada kebolehan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39% untuk Perdana Menteri Najib Razak.

Najib tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului,” katanya.  Kita ada kajian kita sendiri.   Najib pula berkata beliau yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen sekiranya parti itu tidak mengalami sabotaj dalaman.

Yang hendak tergelaknya  satu ketika dulu Jun 2012 kajian juga dibuat oleh UMCEDEL dan keputusannya memihak kepada Barisan Nasional.  Maka Najib telah memuji kajian UMCEDEL tersebut bagai nak rak.  Kini lain pula bunyinya. 

Najib kata BN ada kajian mereka sendiri yang menunjukkan BN mendahului parti pembangkang.  Betullah, tetapi kebiasaannya kajia seperti itu akan melaporkan perkara yang baik-baik bahawa BN mendahulu parti lawan sebagai menyedapkan hati bos untuk mengampunya. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment